|
Ramai warganet tercari-cari siapakah gerangan ahli keluarga Safiq serta tertanya-tanya tentang status mereka memandangkan lelaki tersebut bebas berbuat sedemikian bertahun lamanya. Semalam seorang pengguna Twitter telah memuat naik sedikit maklumat membabitkan Safiq dan keluarga termasuklah foto keluarga itu. Difahamkan, gambar-gambar itu diambil dari Facebook dan telah dimuat naik pada tahun 2016 ketika majlis pertunangan kakaknya. Bukan itu sahaja, individu terbabit turut memuat naik swafoto Safiq bersama seorang lelaki dipercayai pensyarahnya ketika belajar di UiTM dahulu.
Kes ini mendapat perhatian ramai di media sosial dan rata-ratanya mengikuti serta menunggu berita perkembangan terkini selepas Safiq akhirnya ditangkap dan dituduh di mahkamah. Sebelum ini, Safiq mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu. Terdahulu, mahkamah memerintahkan agar Mohamad Safiq Rosli, lelaki yang didakwa mengintip jurufoto wanita, Acacia Diana selama 8 tahun untuk dibawa ke Hospital Bahagia Ulu Kinta bagi mendapatkan rawatan. Dia juga merupakan individu pertama yang didakwa mengikut undang-undang anti-menghendap Seksyen 507A (1) Kanun Keseksaan. Sumber: Beautifulnara
|
lanacondor: Yg setan dia. Attack die je dh ...
Whatsofunnyth: 8tahun lelaki tu jdi stalker, ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.304661 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.