CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fify Azmi Dituduh Tak Puas Enjoy Punca Tak Jadi Kahwin Nafiez Zaidi

12-8-2023 04:04 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4612| Komen: 17

Pelakon Fify Azmi meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak meletakkan kesalahan ke atas bahunya susulan hubungannya dengan aktor Nafiez Zaidi berakhir dengan perpisahan.

Fify atau Nur Afiqah Muhammad Azmi, 33, sebaliknya berkata, perpisahan itu adalah keputusan bersama selain menganggap apa terjadi mempunyai hikmah di sebaliknya.



"Ada juga kata kononnya saya tak puas enjoy sampai tergamak putuskan hubungan kami. Kalaulah saya yang tak mahu kahwin, kenapa saya dah siap buat tempahan majlis kami?

"Semua saya buat sebelum ini... Saya anggap tiada jodoh di antara kami. Rasanya tak perlu nak cakap lebih dan membuka aib sesiapa.

"Apa yang berlaku ada hikmahnya. Ia juga buat saya sedar dan jadikan ia pengajaran pada masa akan datang," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.

Sebelum ini, Nafiez mendedahkan hubungan mereka sudah berakhir dan Fify sendiri yang meminta untuk tidak meneruskan perancangan untuk mendirikan rumah tangga.


Mereka juga dikatakan sudah menetapkan tarikh perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada Disember tahun lalu.

Dalam pada itu, Fify memberitahu tiada sengketa berlaku antara dia dan Nafiez malah mereka tidak pernah mengelak sekiranya bertemu di mana-mana majlis.


"Kami baik-baik sahaja malah tiada istilah pun cuba nak mengelak berjumpa dan kami tidak bergaduh.

"Dalam hal perkahwinan bagi saya kenalah bersedia dari semua aspek sebelum betul-betul mahu melangkah ke fasa baru," ujarnya.

Tambah Fify, dia juga belum terbuka hati mencari pengganti kerana ingin memberi fokus kepada keluarga serta karier seni.

Malah dia turut mendoakan yang terbaik buat bekas teman lelakinya itu sekiranya dia bertemu pengganti baharu.

"Saya gembira kalau dia dah ada orang baru. Saya sentiasa doakan kebahagiaan dia. Apa sahaja yang buat dia gembira, saya sokong.

"Buat masa sekarang biarlah saya fokus dahulu dengan kerjaya. Belum masanya lagi nak cari teman pengganti," jelasnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 12-8-2023 04:27 PM
Oh.. dah 33 umurnya...
Sukati ko la nakkkk....
Quote Sunkiss8999 12-8-2023 04:55 PM
Kenapa aku tgk dia ni mcm nad zainal ek..aura n vibes nye ittew
Quote anony-mous 12-8-2023 05:27 PM
Dari early 20s enjoy xpuas2 lg ke? Tp ye la muka pon x gaya 33. Suka hati ko la
Quote kkm123 12-8-2023 05:50 PM
Tak ready untuk commitment lagi ni. Good for her and future hubby tak proceed.
Quote anilanil 12-8-2023 05:51 PM
Lagi 7 tahun nak masuk the 40's club dah acik fify ni...
Quote Ayda89 12-8-2023 07:37 PM
Rajin ye fify ni kumpul koleksi ex boyfriend. Yela better putus dari cerai deknon
Quote Manusiabesa 12-8-2023 10:09 PM
Screenshot_20230812-220654_Instagram.jpg tu haa.cpt je jantan dpt puki baru. Pempuan2 pesyen lmbt nk muvon. Nanges siang mlm. Jantan jugak dh ejas betina baru. Hukum alam.
Quote Lily_Elizabeth_ 13-8-2023 12:00 AM
33 dia ni tapi nampak muda 10.tahun.like 23. Maybe sebab rambut dia lurus dan body fit tak  jatuh ( rajin senam selalu ). Tak.kurus sangat.

Kira lawa lah dia ni.
Quote September14 13-8-2023 12:37 AM
X cantiknya dia ni
Quote bedahmenjuyah 13-8-2023 12:51 AM
Kenapa hat laki dok ungkit2 tp tayang gepren baru. Tak paham aku.
Quote edayildiz 13-8-2023 01:31 AM
dh tua rupanya dia..ingt 25 ke mcmtu
Quote sukacactus 13-8-2023 06:15 AM
Manusiabesa replied at 12-8-2023 10:09 PM
tu haa.cpt je jantan dpt puki baru. Pempuan2 pesyen lmbt nk muvon. Nanges siang mlm. Jantan jugak d ...

Pompuan ni, bkn pelakon gak ke, neera azizi tu
Ke diorang berlakon skali je ni
Quote LadyCarefree 13-8-2023 08:19 AM
kkm123 replied at 12-8-2023 04:50 PM
Tak ready untuk commitment lagi ni. Good for her and future hubby tak proceed.

Twin dia pun sama walau low profile.
Quote missyL 13-8-2023 09:49 AM
Enjoy la fify jgn x enjoy lol
Quote kotakominami 13-8-2023 11:14 AM
Muka dia mcm tk mandi pagi....
Quote TomyamPuteh 13-8-2023 03:07 PM
Nmpk mcm tak layak dibuat bini dan juga menantu si pipi tuh. Vibe kaki clubbing sesangat.
Quote Bukankualilekuk 13-8-2023 05:29 PM
Takde aura best je muka tu dik

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.230001 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top