CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bangunkan Industri Ketum Negara?

12-8-2023 02:36 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2661| Komen: 2

Kuala Lumpur: Malaysia memerlukan pemahaman menyeluruh mengenai sifat dan aplikasi ketum yang boleh dijadikan industri komoditi menguntungkan melalui pelaburan dalam botani, farmakologi dan perubatan.


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pendekatan strategik terhadap ketum menggariskan usaha Malaysia untuk mengekalkan budaya dan kemajuan ekonomi.

Fadillah Yusof.

"Strategi holistik negara membabitkan semua pihak berkepentingan, mengimbangi kemajuan dengan warisan," katanya semasa pelancaran Persidangan Perubatan Integratif Antarabangsa Keempat dan Kongres Asia yang julung kali mengenai Ketum di sini, tadi.

Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata melangkaui kepentingan ekonomi, sektor komoditi Malaysia memainkan peranan penting dalam menjamin rantaian bekalan makanan dunia.


"Terutamanya, minyak sawit dan koko kita adalah bahan penting dalam pelbagai produk makanan yang dihasilkan secara bertanggungjawab dan mampan," katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa penggunaan ketum di Malaysia dikawal selia dengan teliti oleh undang-undang dan dasar yang ketat.

"Oleh itu, pembangunan ketum, tumbuhan tropika yang terkenal dengan sifat perubatannya yang mengandungi alkaloid psikoaktif ke dalam industri, mesti seimbang dengan potensi manfaat dan risikonya," katanya.

Justeru, Fadillah berkata Malaysia menggunakan pendekatan pelbagai aspek yang melibatkan pengawalseliaan, penyelidikan dan penglibatan masyarakat.

Rangka kerja undang-undang dalam tadbir urus ketum merangkumi Akta Racun 1952 dan Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mengenakan kawalan ketat ke atas penanaman, pemilikan dan penjualan.

"Sejajar dengan itu, komitmen kerajaan terhadap penyelidikan saintifik menekankan dedikasinya untuk membuat keputusan termaklum," katanya.

Melangkah ke hadapan, beliau berkata kerajaan kekal komited terhadap pembuatan keputusan berasaskan data serta menyesuaikan peraturan mengikut keperluan untuk mengharmonikan kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 12-8-2023 02:43 PM
Bani ketum bani tenang?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.130967 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top