CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Mengamuk Siar Video Bunuh Mangsa

12-8-2023 01:26 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3250| Komen: 2

Sarajevo, Bosnia: Seorang lelaki bersenjata menembak mati tiga orang termasuk bekas isterinya sebelum bertindak membunuh diri dengan menggunakan senjata api dalam kejadian di Gradacac, Bosnia petang semalam, lapor portal berita Daily Mirror.


Sebelum menembak diri sendiri, suspek merakam aksi dia mengamuk dan memuat naiknya di laman media sosial.

Sulejmanovic (gambar kecil) menembak mati isterinya di bandar Gradacac semalam. - Foto Nikola Tomic/Instagram/iron_bb24, Facebook

Selain tiga mangsa yang maut, tiga orang lagi turut cedera termasuk seorang lelaki dan wanita, manakala mangsa yang terbunuh termasuk bekas isteri penyerang, seorang bapa dan anak lelaki.

Media Bosnia melaporkan suspek dikenali sebagai Nermin Sulejmanovic, 35, dan sebelum membunuh diri dia menyatakan di laman Instagram: “Sesiapa yang pernah melaporkan saya kepada polis tidak akan hidup dengan baik. Mungkin saya tidak menghubungi seseorang, tetapi kini ia sudah berakhir.”


Dia menyenaraikan semua individu yang telah dibunuhnya semasa mengamuk dalam kejadian itu.

“Saya menembak anggota polis itu. Namun, dia melarikan diri. Dia melarikan diri dengan Skoda (kereta). Saya tidak dapat menangkapnya dengan (menggunakan kereta) BMW,” kata Sulejmanovic.

Saluran televisyen N1 melaporkan bahawa dia membunuh bekas isterinya dan dua lelaki iaitu seorang bapa serta seorang anak lelaki. Dia juga mencederakan seorang anggota polis, seorang lagi lelaki dan seorang wanita di lokasi berbeza di bandar tersebut.

Datuk Bandar Gradacac, Edis Dervišagic kemudian mengisytiharkan darurat di bandar itu manakala mayat Sulejmanov ditemui di sebuah kawasan di Gradacac, selepas polis melancarkan gerakan memburunya. 

Kes itu sedang disiasat oleh pihak pendakwa raya. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote antikorok 12-8-2023 01:43 PM
Adakah kesan steroid? Daku dengar kalau bodybuilder amik cucok2 ni cepat irritated rasa nak marah mengamok jahhh





Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.084164 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top