CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banyak Pusat Mengundi Lengang

12-8-2023 01:03 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3147| Komen: 5

Petaling Jaya: Kebanyakan pusat-pusat mengundi yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pagi ini dilaporkan lengang dengan orang ramai hanya mengambil masa kurang 10 minit untuk membuang undi.


Menurut perkongsian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), setakat pukul 10 pagi ini, peratusan mengundi di lima buah negeri berada di bawah 20 peratus kecuali di Terengganu yang mencatat 22 peratus.

Suasana dikatakan lengang di pusat mengundi Sekolah Menengah Tun Syed Sheh Barakbah, Pulau Pinang. - Gambar media sosial

Orang ramai turut berkongsi suasana lengang di pusat-pusat mengundi yang dihadiri menerusi media sosial masing-masing.

Menurut Asheeqmazmi Mahfoz, dia hanya mengambil masa kurang daripada 15 minit untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di Sungai Buloh.

“Kami keluar rumah seawal 8 pagi dan sampai pusat mengundi, lengang je. Tidak ramai orang pagi-pagi dan tak sampai 15 minit, siap semuanya,” katanya.


Iskandar Abdul Samad pula yang membuang undi di Sekolah Rendah Agama Pandan Indah turut melahirkan rasa bimbang dengan bilangan yang keluar mengundi yang dianggap amat kecil pagi ini.

“Sekolah agama tempat saya mengundi lengang. Saya tidak perlu beratur kerana tidak ada barisan. Pada PRU November lepas di tempat yang sama, saya terpaksa beratur panjang.

“Keadaan yang sama di Sekolah Agama Jalan L5, Kg Pandan di mana isteri saya mengundi. 2 – 3 orang sahaja yang barbaris. 10 minit selesai,” tulisnya.

Nur Adilah Darliana Abdullah pula menyeru orang ramai untuk ramai-ramai keluar mengundi pada pagi ini memandangkan suasana agak lengang.

“Siapa yang mengundi di SK Andalas, cepat-cepat datang. Tak ada orang dan kami datang terus masuk. 5 minit dah siap semuanya,” katanya. 


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nurdianah 12-8-2023 01:15 PM
Walaun- walaun baru sedar kerajaan x akn tumbang…semua tu perang urat saraf/propa jer..kihkih


Quote lanacondor 12-8-2023 06:43 PM
Byk company xbg cuti mengundi. N mostly sb mslh kewangan.
Quote AnnaSendin 13-8-2023 03:19 PM
Faktor calon whoareyous nan hado jugeks. DUN iols nieyh dua² calon hazabedah. Sorang laki kaki sakau, sorang tido dalam majlis rasmi and kedekut.
Quote AnnaSendin 13-8-2023 03:19 PM
Faktor calon whoareyous nan hado jugeks. DUN iols nieyh dua² calon hazabedah. Sorang laki kaki sakau, sorang tido dalam majlis rasmi and kedekut.
Quote KamikuP 14-8-2023 12:32 PM
Koser nak ngundi, hujung2 lompat parti.. eh bolke ke lompat parti skrg?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.044389 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top