CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerbau Lintas Jalan, Lima Kereta Kemalangan

12-8-2023 12:41 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3417| Komen: 7

Bagan Serai: Lima kenderaan terbabit kemalangan gara-gara seekor kerbau melintas di Kilometer 200 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan berhampiran Kampung Matang Pasir, di sini, pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 3.52 pagi.

Lima kenderaan terbabit kemalangan gara-gara seekor kerbau melintas di Kilometer 200 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan berhampiran Kampung Matang Pasir, di sini, pagi tadi. FOTO Ihsan Bomba

Menurutnya sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai segera dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Siasatan mendapati terdapat lima terbabit kemalangan selepas sebuah Perodua Myvi yang dinaiki empat orang dewasa merempuh seekor kerbau yang melintas.

"Akibat kejadian itu, lima mangsa dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan dikejarkan ke hospital berhampiran dengan tiga ambulans.


"Insiden itu turut membabitkan empat kenderaan lain iaitu Honda HRV, Satria Neo, Perodua Alza dan Toyota Yaris," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, kesemua kenderaan yang terbabit kemalangan diuruskan oleh polis dan operasi tamat pada jam 5.10 pagi.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cero8487 12-8-2023 07:20 PM
Minggu lepas pun accident dgn kerbau juga tempat yg sama..
Quote mawarika 12-8-2023 07:30 PM
Bodoh tuan kerbau.
Quote ninja boy 12-8-2023 08:22 PM
Kerbau selamat ka innalillah
Quote LautBiru52 12-8-2023 08:25 PM
Kalau nk bela lembu ke kerbau ke jaga la elok2. Ni dh menyusahkan orang. Mati hidup balik tuan kerbau takkan mengaku tu kerbau dia
Quote Jitu 12-8-2023 09:54 PM
waktu2 malam ni klu blh bawak slow jgn laju sangat
lg2 tmpt yg ada binatang ni
tuan binatang mmg tak kan mengaku punya lah
Quote matamata 12-8-2023 10:06 PM
Pengalaman aku drive malam hampir langgar kerbau kat Temerloh....warna gelap kerbau tu buatkan kita sukar nak perasan until it's too late..cuma mata kerbau tu je yg pantulkan cahaya...nak2 yg baru lepas berkubang...lagila susah nak cam

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.065277 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top