CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PRN: Mengundi Sambil Kendong Bayi Umur 30 Hari

12-8-2023 12:05 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3629| Komen: 12

Gua Musang: Walaupun masih berpantang, seorang ibu muda Orang Asli gigih mengendong bayi berusia 30 hari untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Betis, di sini, hari ini.

Andak Oi, 20, dari Kampung Guling, Kuala Betis, mengendong bayinya datang bersama abangnya bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.


Andak bersama bayinya berusia 30 hari. - FOTO NSTP/Paya Linda Yahya

Katanya, dia datang ke pusat mengundi kira-kira jam 9 pagi bersama bayinya.

"Ini kali kedua saya mengundi, kali pertama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tahun lalu.

"Saya terpaksa membawa anak yang berusia 30 hari bersama kerana anak masih kecil dan menyusu badan," katanya.

Bagi Abok Jawing, 22, dia bersemangat keluar mengundi dan datang bersama beberapa rakan lain.

"Kami tinggal di Kampung Langsat, Kuala Betis yang jaraknya hampir enam kilometer (KM) dengan menumpang kenderaan penduduk.


"Saya harap dengan undi yang kami berikan pada hari ini dapat mengubah nasib masyarakat Orang Asli di kawasan ini," katanya yang turut membawa anak berusia dua tahun.

Sementara itu, Penghulu Orang Asli Kampung Merlong, Kuala Betis, Ibrahim Marijah berharap lebih ramai masyarakat Orang Asli di kawasan itu akan keluar mengundi.

"Setiap satu undi adalah sangat bernilai bagi menentukan pemimpin negeri dan memilih wakil rakyat yang dapat membela nasib Orang Asli.

"Jadi saya menyeru kepada lebih 3,000 pengundi supaya dapat keluar mengundi pada hari ini bagi menentukan wakil rakyat kita," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JunkMail 12-8-2023 12:14 PM
Besar tu 30 hari???
Orang asli built different
Quote Freezfrozen 12-8-2023 12:15 PM
30 hari ke tuu??
Quote noor2 12-8-2023 12:22 PM
Tu bukan 30 hari....bongoknya wartawan
Quote lazim 12-8-2023 12:27 PM
3 bln aku caya lagi ..walopon nmpk bsr sgt dh tu
Quote Nana_Man 12-8-2023 12:47 PM
Baby 30 hari gitu besar? Hahahhahaha.
Quote doubleharmonic 12-8-2023 12:54 PM
muka heshe macam dina nazir

Quote TOPwind 12-8-2023 01:43 PM
JunkMail replied at 12-8-2023 12:14 PM
Besar tu 30 hari???  
Orang asli built different

3okg kot bukan hari
Quote nolya 12-8-2023 05:44 PM
Tak kan ye lah baby tu 30 hari.  Kalau 30 hari, emaknya pun belum habis pantang, anak masih berbedung. Alahai wartawan, cek la dulu berapa umur baby yg digendong begitu.
Quote kkm123 12-8-2023 06:11 PM
hahaaha 30 hari besar tu? comel je but the baby built different !
Quote anony-mous 12-8-2023 07:01 PM
30 hari ke 3 bulan? Harap bkn susah payah utk undi pas la. I betul2 harap kelate tukar kerajaan kalini
Quote AyeL87 12-8-2023 07:15 PM
bio beno 30 ari beso gituuu
Quote swimswim 12-8-2023 08:16 PM
30 hari leher pun tak kuat lagi nokkk.. Nasib baik la ada bukti bergambar, kalau takde, mesti kita percaya je penulisan wartawan ni

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.041631 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top