CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cubaan tipu pusat perlindungan bayi

3-7-2013 05:25 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 1645| Komen: 0

SENAI – Seorang warga asing sanggup menggunakan taktik licik dengan cuba menipu sebuah pusat perlindungan bayi di sekitar bandar raya ini supaya menanggung kos rawatan bersalin di hospital kerajaan, Februari lalu.

Wanita warga Indonesia berusia 30 tahun itu memberi alasan kononnya enggan menjaga anak yang dilahirkan bagi membolehkan pusat perlindungan bayi berkenaan membayar kos rawatan bersalinnya berjumlah hampir RM3,000.

Bagaimanapun, sebaik sahaja bil rawatan dijelaskan, dia tidak mahu menyerahkan anaknya dengan alasan teman lelaki ingin kembali semula dan mahu membesarkan anak secara bersama.

Pengurus Cawangan Yayasan Orphan Care, Tan Kee Lin berkata, wanita warga asing itu datang ke pusat perlindungan berkenaan pada Februari dan memohon perlindungan.

“Dia mahu tinggal di sini, tetapi kami tidak boleh terima kerana dia memiliki permit kerja dan perlu rujuk pada majikannya terlebih dahulu.

“Malah ketika bertemu kami, dia mendakwa enggan memelihara anaknya dan meminta sukarelawan dari pusat perlindungan itu agar mengambil anaknya di hospital.

“Beberapa hari kemudian, dia hubungi kami beritahu sudah melahirkan anak di hospital dan minta kami untuk ambil anaknya,” katanya, di sini, semalam.

Kee Lin berkata, wanita terbabit secara tiba-tiba enggan menyerahkan anaknya apabila bil hospital dijelaskan dengan memberikan pelbagai alasan.

“Selepas berbincang, wanita berkenaan akhirnya mengeluarkan wang tunai RM2,700 dari beg dan membayar semula kos rawatannya kepada kami sebelum membawa bayi perempuannya pergi,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, sejak pusat perlindungan itu dibuka, pusat perlindungan berkenaan hanya menerima tiga kes termasuk satu kes membabitkan ibu tunggal berusia 35 tahun yang sudah mempunyai lima anak.

“Wanita itu mendakwa dia mempunyai masalah kewangan dan tidak dapat memberi komitmen untuk membesarkan anak kelimanya yang baru sahaja dilahirkan.

“Dia datang pada bulan lepas dan bayinya sudah pun diserahkan kepada keluarga angkat beberapa hari selepas itu,” katanya.

Katanya, pusat perlindungan yang beroperasi di Jalan Padi Mahsuri 1, Bandar Baru Uda itu dibuka 24 jam dan penjaga boleh menghantar bayi dengan memasukkannya ke dalam ruang perlindungan disediakan.


• Petikan Berita Online •


Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.104302 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top