CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sempat Hubungi Isteri Sebelum Dibunuh

12-8-2023 11:12 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3948| Komen: 14

Kuala Terengganu: Seorang isteri tidak menyangka panggilan telefon daripada suami­nya malam kelmarin me­rupakan kali terakhir mereka berhubung sebelum pemandu kereta sewa itu ditemui mati dipercayai dibunuh di dalam kenderaan berkenaan dalam kejadian di Kampung Seberang Takir, Kuala Nerus di sini.


Noor Azlina Ramli, 41, berkata, suaminya, Mohd. Latif Idris, 51, membuat panggilan telefon itu pada pukul 8 malam untuk memberitahu dia dalam perjalanan pulang dari Kota Bharu, Kelantan.

Suri rumah itu berkata, dia hanya mengetahui kejadian me­nimpa suaminya selepas keja­dian itu tular di media sosial.

Anggota forensik memeriksa kereta sewa milik Mohd. Latif yang dipercayai dibunuh berhampiran Klinik Kesihatan Seberang Takir, Kuala Nerus kelmarin.

“Pada hari kejadian, suami keluar pukul 9 pagi untuk mencari penumpang sebelum balik sebentar ke rumah pada pukul 1 tengah hari untuk mengambil anak bongsu, Eliy Syazwani, 16, dari sekolah.


“Arwah kemudian keluar semula pada pukul 2.30 petang untuk menghantar barang ke Kota Bharu,” katanya ketika ditemui di Kampung Kubang Parit di sini semalam.

Noor Azlina berkata, sewaktu berhubung dengan Mohd. Latif menerusi panggilan telefon, dia tidak sempat bertanyakan lokasi suaminya ketika itu.

Katanya, sudah menjadi rutin suaminya balik lewat malam sekiranya menghantar penumpang atau barang ke luar Terengganu.

Sementara itu, anak sulung pasangan itu, Muhammad Nasha Fikri, 20, menyifatkan bapanya sebagai seorang bapa yang pe­nyayang dan bertanggungjawab.

Katanya, arwah bapanya akan mengambil adiknya, Eliy Syaz­wani dari sekolah setiap hari selain membawa mereka seke­lu­ar­ga­ bercuti pada hujung minggu.

“Tiada perubahan sikap ditunjukkan ayah cuma dia sempat memberitahu ‘nak pergi dah ni’ selepas menghantar adik pulang ke rumah semalam (kelmarin).

“Arwah tidak pernah berpesan begitu sebelum ini tetapi kami tidak syak apa-apa,” katanya.

Sementara itu, kejadian yang menimpa Mohd. Latif itu mula disedari selepas orang ramai curiga mengenai sebuah kereta sewa yang dipandu melawan arus di Seberang Takir di sini.

Dalam kejadian pada pukul 10.56 malam itu, mangsa, Mohd. Latif Idris, 51, ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di tempat duduk penumpang belakang.

Sebelum itu, kereta sewa yang dipandu suspek berusia 29 tahun telah dipandu secara melawan arus sehingga melanggar bebe­rapa kenderaan lain berhampiran bulatan Kampung Seberang Takir di sini.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu kemudiannya mengejar kereta sewa terbabit sebelum kenderaan itu dikatakan terbabas di tepi jalan berhampiran Klinik Kesihatan Seberang Takir di sini.

Mereka yang menahan suspek dalam keadaan berlumuran darah terkejut menemui mayat mangsa di tempat duduk belakang sebelum bertindak menghubungi pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abduo Rahim Md. Din berkata, pemeriksaan awal menjumpai kesan kecederaan parah pada leher Mohd. Latif.

Tambah beliau, suspek juga mengalami kecederaan pada bahagian jari dipercayai akibat pergelutan dengan mangsa.

“Pemeriksaan dalam kereta sewa itu telah menemui sebilah pisau pada pelapik kaki tempat duduk pemandu.

“Setakat ini, motif pembunuhan tersebut masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Abdul Rahim berkata, suspek yang sedang dirawat di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote antikorok 12-8-2023 11:16 AM
Takziah kepada ahli keluarga.
Takutnya skrg maknoosia ramai berhati iblis skrg
Quote swimswim 12-8-2023 08:19 PM
Mangsa ditemui di tempat duduk blkg? Yg bwk kete terhuyung hayang tu suspek ke? C
Quote ciksom 12-8-2023 08:29 PM
swimswim replied at 12-8-2023 08:19 PM
Mangsa ditemui di tempat duduk blkg? Yg bwk kete terhuyung hayang tu suspek ke? C

Aku baca kat fb. Suspek bawa kereta selepas bunuh mangsa. Mangsa yg dah meninggal dgn wajah berlumuran darah ada kat seat belakang.takut Aku baca.
Quote sharlenetexas 12-8-2023 08:40 PM
Tak sempat mengundi.

Kejamnya? Sape bunuh? Apa motif?

Quote sharlenetexas 12-8-2023 08:41 PM
ciksom replied at 12-8-2023 08:29 PM
Aku baca kat fb. Suspek bawa kereta selepas bunuh mangsa. Mangsa yg dah meninggal dgn wajah berlum ...

Hari kering betul suspek.

Quote Tinot7 12-8-2023 08:53 PM
Takziah kpd keluarga.
Suspek tu mmg sakit jiwa ka apa tu?
Quote slyfynx 12-8-2023 08:57 PM
swimswim replied at 12-8-2023 08:19 PM
Mangsa ditemui di tempat duduk blkg? Yg bwk kete terhuyung hayang tu suspek ke? C

Mayat Dalam Teksi Di Terengganu- "Baru Lepas Bunuh Orang"

Smlm kan ade dah @CARI-MRO bukak thread pasal ni
Quote asfaz 12-8-2023 09:03 PM
ciksom replied at 12-8-2023 08:29 PM
Aku baca kat fb. Suspek bawa kereta selepas bunuh mangsa. Mangsa yg dah meninggal dgn wajah berlum ...

ai ada tgk gambar arwah ni . tapi dr belakang. kat belakang kepala tu ada kesan kelar/tetakan.  dalam.  Darah mmg banyak la.
Quote jazaa100 12-8-2023 09:10 PM
Katanya punca si barbie ni tak puashati kena cas rm30....
Quote supernaturalee 12-8-2023 09:47 PM
asfaz replied at 12-8-2023 09:03 PM
ai ada tgk gambar arwah ni . tapi dr belakang. kat belakang kepala tu ada kesan kelar/tetakan.  da ...

Erghh dahsyatnya

Masih x tau kn kenapa smpi bertindak mcm tu
Xkn sbb kena cas 30 je
Mesti ada sinister behind all this mess

Quote otai_g 12-8-2023 10:03 PM
Org normal x kan tergamak bunuh org sbb bnd kecik melainkan ada pengaruh dadah. Kat negeri serambi mekah ni dadah mmg sng dpt smpi mcm2 Kes bunuh yg kita pnh baca berlaku di sana.
Quote Jitu 12-8-2023 10:29 PM
ngeri aku tikam2 kelar ni
mcm yg kes kat Maidam dulu tu darah mcm air keluar
Quote swimswim 13-8-2023 10:08 AM
ciksom replied at 12-8-2023 08:29 PM
Aku baca kat fb. Suspek bawa kereta selepas bunuh mangsa. Mangsa yg dah meninggal dgn wajah berlum ...

Thanks u. Sbb i baca mangsa pemandu kete sewa. Tp

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.032629 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top