Bukit Mertajam: Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika ditemui dalam kawasan paya berhampiran sebuah kondominium di Jalan Baru, di sini, lewat petang tadi.
Terdahulu, mangsa yang juga etnik Rohingya berusia lapan tahun dipercayai bermain di kawasan itu sebelum ditemui lemas. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 7 malam bagi operasi menyelamat mangsa. "Orang awam membawa mangsa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dalam usaha menyelamatkannya. "Namun, kita mendapat panggilan bahawa mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan," katanya dalam kenyataan yang dikemaskini menerusi laman WhatsApp agensi itu, hari ini.
Sumber: BH Online
|
ADVERTISEMENT