Washington: Seorang pengantin perempuan di Amerika Syarikat (AS) berang selepas dapat tahu mengenai kecurangan suaminya dengan jurugambar dan menuntut semula wang daripada pemilik studio gambar yang diupah ketika majlis pernikahannya.
Mirror UK melaporkan, pemilik studio fotografi itu bagaimanapun menolak permintaan wanita berkenaan. Menceritakan kisah berkenaan, pemilik studio itu memaklumkan, wanita dituduh itu adalah pembantu jurugambar yang bekerja secara sambilan. Katanya, wanita itu berusia 20-an dan diminta membantunya dengannya pada majlis pernikahan di sebuah bandar di AS. Menurut pemilik studio berkenaan, wanita itu diajak bekerja dengannya kerana pembantu yang biasa membantunya ada urusan lain dan menyangka jurugambar itu akan bersikap profesional "Disebabkan pembantu saya tidak dapat bersama, jadi saya gunakan khidmat orang lain yang dikenali secara dalam talian.
"Bagi saya, dia buat kerja dengan baik dan nampak dia melakukan tugas seperti biasa pada hari pernikahan malah gambar disunting kemudian dihantar ke klien. "Semuanya baik saja dan pagi ini, saya terima kiriman e-mel dari pengantin wanita menuntut wang dibayar dikembalikan kerana pembantu saya tidur dengannya selepas pernikahan. "Pengantin wanita itu juga menyertakan gambar suaminya dan telefon untuk membuktikan dakwaannya," katanya menerusi perkongsian kisah di Reddit. Pemilik studio itu juga buntu dengan apa langkah perlu diambilnya. "Wanita itu bekerja dengan saya untuk satu projek dan sudah selesai, gambar juga sudah dihantar," tuturnya. "Dia pembantu sementara dan apa yang terbaik untuk dilakukan di sini? Saya benar-benar berasa kasihan pada wanita ini," katanya "Katakan kepada mereka yang kamu menyesal mendengarnya tetapi tiada cara untuk mengembalikan wang bagi kerja diselesaikan mengikut kontrak. "Saya tidak dapat mengembalikan wang kamu kerana terjadi sesuatu yang di luar kawalan," tulis komen seorang pengguna Reddit. Sumber: Harian Metro |
ADVERTISEMENT