Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan mendedahkan dia mempunyai tabiat berjalan dalam tidur sejak tinggal bersendirian. Detikhot melaporkan, Afgansyah Reza, 34, berkata, dia bukan hanya berjalan dalam tidur tetapi pernah ke dapur untuk makan dan mengemas rumah.
"Setiap hari saya akan bangun sekitar pukul 3 pagi dan tidur dalam keadaan 70 peratus... buka peti sejuk, ambil makanan dan makan. "Kemudian saya akan tidur semula," katanya seperti dilaporkan Detikhot. Tidak hanya itu, dia juga memberitahu pernah tidur bersama vakum di atas katilnya selepas membersihkan rumah dalam keadaan mamai. "Ada juga yang teruk, saya bangun tidur dan terkejut lihat ada vakum di atas katil saya," kongsinya. Kata Afgan, tabiat pelik itu mula berlaku ketika dunia dilanda pandemik Covid-19. Bagaimanapun kata penyanyi terkenal Indonesia itu, dia belum ada perancangan untuk menjalani pemeriksaan lanjut memandangkan ia tidak mendatangkan mudarat buat dirinya.
"Sejak pandemik Covid-19, saya mula tinggal seorang diri di apartment saya. Jadi hampir setiap malam saya akan berjalan dalam tidur. "Tapi selagi tidak bahaya saya rasa tidak mengapa," luahnya. Sumber: mStar |
.N.A.: RR x temankan ker
Sunkiss8999 replied at 12-8-2023 05:01 PM
RR sape..rizman ruzaini ke [em:3:]
ADVERTISEMENT