CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pengurus Nafi Mimi Lana, Syafiq Nikah Malam Tadi, Tak Jadi Kahwin Sebab Kerja

12-8-2023 08:38 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 17080| Komen: 90

Pengurus kepada pelakon, Mimi Lana iaitu Iman Tang menafikan khabar angin yang mendakwa majlis pernikahan Mimi dengan Syafiq Kyle diawalkan seminggu dan berlangsung malam tadi.

Iman ketika dihubungi berkata, pembatalan majlis pernikahan itu disebabkan kekangan kerja Mimi yang kini terikat dengan satu penggambaran drama.



"Bukan malam ini. Tak percaya pergilah di Puncak Rimba, Bentong, Pahang (lokasi pernikahan) sekarang. Apa yang boleh saya kongsi satu tarikh baharu akan dimaklumkan nanti," katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi, malam tadi.

Menurut Iman, pembatalan majlis pernikahan pasangan itu yang dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos ini juga bukan disebabkan pasangan itu menghadapi krisis peribadi.

Saya ingin tegaskan hubungan mereka baik-baik saja. Pembatalan dibuat kerana Mimi terikat dengan jadual penggambaran, selain terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan dengan Syafiq.


"Apapun doakan yang terbaik buat pasangan ini. Kita hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan segalanya," katanya.

Terdahulu, tular mesej yang memaklumkan majlis pernikahan pasangan pelakon filem Pusaka itu dibatalkan pada saat akhir atas faktor-faktor yang tak dapat dielakkan.


Sumber: Harian Metro






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 12-8-2023 08:48 AM
“  terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan dengan Syafiq.”
Quote jambatannetizen 12-8-2023 08:58 AM
Tak masuk Akal langsung tak jadi Sebab Kerja?? Org kalau betul2 niat itu, dah kosongkan lahh jadual sebelum
Quote Realpeople17 12-8-2023 09:01 AM
Agak kedengaran tak logik di situ. Hal kawin la kene buat btul2 preparation. Once kita da letak tarikh maka preparation akn dibuat btul2. Maknanya segala bnda trmasuk keje mmg kene put aside la.
Quote tulip-rain 12-8-2023 09:07 AM
Dekat thread lg satu tu ade forumer ingat tok imam yg bergosip psl diorang ni. Padahal iman tang.
Quote Hoshhi 12-8-2023 09:43 AM
iols tak faham..cakap jela postpone... bukan batal..
Quote Hoshhi 12-8-2023 09:44 AM
jambatannetizen replied at 12-8-2023 08:58 AM
Tak masuk Akal langsung tak jadi Sebab Kerja?? Org kalau betul2 niat itu, dah kosongkan lahh jadual  ...

Chuols kata dorang wayang je kan
Quote Nana_Man 12-8-2023 09:54 AM
Mcm ni lah agknye kalau couple lama2 sgt…
Quote Diamondmoney 12-8-2023 09:57 AM
Semoga batal terus. Capik ko tak sesuai dgn mimi
Quote beatgirlX 12-8-2023 10:04 AM
Be strong ye Mimi... Lepas ni diam je jgn kuarkan statement lg.. Biar sapik plk kuarkan statement sb dr dulu x nampak sapik beria2..
Quote Carcosa 12-8-2023 10:07 AM
Kalau meols jadi Mimi, meols sayonara kan sajok lepas ni. Byk kali nau putus sambung putus sambung. Kawin orka kaw2, mamposla dgn si Capik tu.
Quote guesswho09 12-8-2023 10:11 AM
Carcosa replied at 12-8-2023 10:07 AM
Kalau meols jadi Mimi, meols sayonara kan sajok lepas ni. Byk kali nau putus sambung putus sambung.  ...

Kenapa pulak nak marah pihak lelaki
kalau baca citer atas tu
iman beritau mimi yg postpone
dari penceritaan tu majlis postpone
bukan cancel
Quote RoseLuna 12-8-2023 10:14 AM
Tarikh baru pulak. Terus hilang rasa excited nak tengok deyols kawin. Dah la Mimi cari orang lain jela

Quote TeropongThaico 12-8-2023 10:16 AM
Zalimnya majikan. Org nak kawin pun tak bg. Tp kalau dakwaan tak betul blh kena dakwa. Baik cakap betul2 sbbnya

Kepoci sungguh ler pulak
Semoga yg baik2 saja utk keduanya
Quote Piramida 12-8-2023 10:16 AM
Edited by Piramida at 12-8-2023 10:17 AM

Susah betul jodoh nak lekat... Berapa kali on off dah.
Ini baru betul kuat phrase jodoh Allah tentukan.
Quote Carcosa 12-8-2023 10:22 AM
guesswho09 replied at 12-8-2023 10:11 AM
Kenapa pulak nak marah pihak lelaki
kalau baca citer atas tu
iman beritau mimi yg postpone

Bahhahaha meols terbawa2 drpd thread malam tadi, chuolszahhhhh.. Ampunin dakuuu
Ok ok laaaa. Meols sokong Capik kawin Mirah!
Tiber.
Quote Lampuled 12-8-2023 10:25 AM
Keje apa la yg penting sgt tu.. management takkan sblm lock the date tak check schedule dulu? Manager tak aware ke? Sk tu pun style pendiam ke drp dulu jrg buka mulut pasal relationship diaorg. Nmpak ml ni ke yg beria2.
Quote Piramida 12-8-2023 10:25 AM
guesswho09 replied at 12-8-2023 10:11 AM
Kenapa pulak nak marah pihak lelaki
kalau baca citer atas tu
iman beritau mimi yg postpone

Hahhaha kan.. Ai pun hairan.
Benang lagi satu dok memuji ML.
Padahal sapik satu patah tak berkutik, kena keji pulak hehehe

I believe memang ada kerja last minit muncul kot yg x mampu dilepaskan.
Buatlah.. enjoy lah have fun lah..  if rasa nak buat before nikah.

Quote jambatannetizen 12-8-2023 10:26 AM
Hoshhi replied at 12-8-2023 09:44 AM
Chuols kata dorang wayang je kan

Memang wayaaaang pun.Dah agak dari dulu. Capik itu ntah2 kawan dia jek.
Quote wikedsaikel 12-8-2023 10:27 AM
jambatannetizen replied at 12-8-2023 10:26 AM
Memang wayaaaang pun.Dah agak dari dulu. Capik itu ntah2 kawan dia jek.

Awat?? So depa ni cover each other ke?????

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.119525 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top