CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Dalam Teksi Di Terengganu- "Baru Lepas Bunuh Orang"

11-8-2023 07:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10159| Komen: 13

Description: Orang ramai gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki yang berlumuran darah di dalam sebuah teksi di Seberang Takir, Kuala Terengganu pada tengah malam Khamis.
Orang ramai gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki yang berlumuran darah di dalam sebuah teksi di Seberang Takir, Kuala Terengganu pada tengah malam Khamis.

Menerusi video serta gambar yang tular di media sosial, kelihatan orang ramai mengerumuni lokasi kejadian sehingga jalan di kawasan berkenaan mengalami kesesakan.


Malah menerusi perkongsian berkenaan juga, turut kelihatan mangsa yang terbujur kaku di tempat duduk belakang teksi dan seorang lelaki dipercayai suspek pembunuhan sedang mencangkung di tepi jalan.

Foto: mStar

Perkongsian yang dibuat menerusi akaun Facebook, Aliff Zuaimi II sehingga kini meraih hampir beratus shares.

Dalam hantaran berkenaan, individu tersebut juga menceritakan secara ringkas mengenai kronologi kejadian.

"Seorang saksi ronda-ronda motor malam tadi, pahtu (selepas itu) ada la ternampak teksi huyung-hayang lalu jalan sehala dekat Klinik Seberang Takir.


"Nak dijadikan cerita, teksi tu terlanggar sebuah kereta bertentangan, saksi pun kejarlah teksi tersebut. Buka pintu, tengok seorang lelaki disyaki suspek berlumuran darah dan mendapati ada sebilah pisau.

"Seorang saksi bertanya kenapa melawan arus? Suspek berkata baru lepas bunuh orang, orang yang dibunuh ada di tempat duduk belakang.

"Terdapat banyak kesan seperti ditoreh bahagian kepala. Pelbagai spekulasi yang timbul. Salam takziah buat keluarga mangsa," demikian tulis individu berkenaan.

Sementara itu menurut laporan The Star, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata pihak polis dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan pada pukul 10.56 malam.

Abdul Rahim menambah, mangsa yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun dipercayai pemilik teksi berkenaan, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat duduk belakang dengan beberapa kecederaan di badan.

"Sepasukan polis yang dikerahkan ke tempat kejadian menemui sebilah pisau di atas pelapik kaki tempat duduk pemandu. Doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.

Abdul Rahim berkata, polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun bagi membantu siasatan.

"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 11-8-2023 07:40 PM
Tgk berita td. Mangsa keluar cri rezeki Ms kne bunuh. [em:9:] Semoga khusnul khatimah..
Quote None68 11-8-2023 07:55 PM
Allahuakbar..apa citer sebenarnya ye? Samun ke?
Quote evlinne 11-8-2023 07:57 PM
Ya Allah kesiannya pakcik tu kena bunuh
Gila btul org zaman skrg
Quote sukacactus 11-8-2023 08:32 PM
Suspek tu gila kot ye
Kalau waras, lps bunuh dia lari
Quote Tinot7 11-8-2023 08:49 PM
Takziah kpd keluarga..

Baru umo 51..
Quote edayildiz 11-8-2023 08:54 PM
takziah..seramnyaaaa...apoo rilek je pembunuh tu ckpnbr lps bnh org..mental ke amek dadah...
i baru nk buat part time jd hakak grab..cancel la mcmni tiberr...
cuma kn kalau jd akak grab nnti xblh pilih pilih kan
Quote Jitu 11-8-2023 09:14 PM
apa punca smpi jd mcm tu
ngeri
Quote noor2 11-8-2023 10:14 PM
Aku yakin saksi yg kejar kereta tu dan tanya pembunuh tu mesti paling ketakutan dgr suspek bgtau dia lepas bunuh org...nasib ko x dibunuhnya...
Quote isseliparjepun 11-8-2023 10:40 PM
Macam dalam movie omputeh dah ni. Takziah kepada keluarga arwah.
Quote zamnie 11-8-2023 10:44 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun.. mmg giler tul
Quote Radzor 11-8-2023 11:16 PM
edayildiz replied at 11-8-2023 08:54 PM
takziah..seramnyaaaa...apoo rilek je pembunuh tu ckpnbr lps bnh org..mental ke amek dadah...
i baru  ...

Boleh je oilih. Kunci pintu sampai nampak siapa org nye. Klu ok unlock. Klu tak ok belah dan kensel
Quote chiyoasuka 12-8-2023 01:28 AM
uinaaa mcm2 btl skg…
Quote Zeatyisaac 13-8-2023 12:45 AM
edayildiz replied at 11-8-2023 08:54 PM
takziah..seramnyaaaa...apoo rilek je pembunuh tu ckpnbr lps bnh org..mental ke amek dadah...
i baru  ...

Boleh je, ambik bawah makcik travel.

Innalillahiwainna ilahirojiun. Al-Fatihah! Semoga driver taxi tu husnul khotimah... Aamiin.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-7-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.190479 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top