Pasangan suami isteri dari Bandung, Indonesia ini menjadi tumpuan ramai gara-gara berbeza usia 34 tahun! Pengantin perempuan yang dikenali Pebriyanti Hariansyah berusia 19 tahun memilih seorang lelaki berusia 53 tahun sebagai suami.
Dalam perkongsian di akaun TikTok miliknya @bybyhyy, Pebriyanti berkongsi momen hari bahagia saat disatukan dengan suaminya itu. "Usia bukan suatu penghalang," tulis Pebriyanti pada salah satu videonya yang meraih lebih 7.7 juta jumlah tontonan. Dalam perkongsian tersebut, Pebriyanti dan suaminya mengenakan persalinan raja sehari rona putih berkonsepkan adat Sunda. Menerusi ruangan komen, ada segelintir warga maya mengibaratkan pasangan berkenaan tidak ubah seperti bapa dengan anak. Ada juga yang membuat kesimpulan kononnya Pebriyanti memilih lelaki berkenaan sebagai suami kerana harta semata-mata, namun gadis itu enggan mengambil pusing kata-kata orang. -CARI
Sumber: mStar/Tribunnews
|
TomyamPuteh replied at 11-8-2023 03:40 PM
53 xde la tua sgt pun.
FOTHER-MUCKER replied at 12-8-2023 07:49 AM
Mungkin mereka yang bawah 10 tahun sahaja yang kata orang yang berumur 53-54 tahun ni sudah tua.
balakkampung replied at 12-8-2023 07:31 AM
sapa jer yg nak hidup miskin kalau ada peluang untuk hidup kaya.
antikorok replied at 12-8-2023 11:18 AM
Priskiess tersenyum kebangga anak2 Yindo menduniyya!
FOTHER-MUCKER replied at 12-8-2023 07:49 AM
Mungkin mereka yang bawah 10 tahun sahaja yang kata orang yang berumur 53-54 tahun ni sudah tua.
otai_g replied at 12-8-2023 09:58 AM
Org biasa kawen jarak umur jauh kena kecam. Tp bila org luar biasa kawen jarak umur jauh krik krik
ADVERTISEMENT