CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Almy Nadia Bahagia Sangat- Suami Penyayang, Seronok Jaga Anak-Anak Di Rumah

11-8-2023 07:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9093| Komen: 16

Datin Almy Nadia mengorbankan kerjayanya sebagai pelakon demi menumpukan perhatian kepada anak-anak amat memberi inspirasi kepada semua.

Almy sempat berkongsi pengalamannya menjadi seorang ibu kepada empat cahaya mata.


Foto: IG

Katanya dia tak ada berdepan insiden alahan ibu mengandung yang teruk.

“Paling teruk arwah anak saya nombor empat dan lima yang meninggal mungkin sebab kedua-kedua anak lelaki. Anak perempuan ni mild je morning sickness saya, tak adalah teruk sangat.

“Dari segi berpantang semestinya saya lebih memilih cara tradisional dan sentiasa mahukan suami yang menjaga saya, tak nak orang lain walaupun ada di pakej penjagaan bersalin,” katanya kepada XTRA.

Tambahnya, “Datuk sebagai bapa seorang yang sangat penyayang, anak-anak nombor satu sudah semestinya. Jadi saya gembira, sebab senang sangat sebab apa-apapun mesti dengan anak-anak.



“Saya lagi tegas, tapi dia ada cara dia bila tegas. Kalau saya tegas, dia tak tegas. Kira tukar bersilih ganti macam tu la.” tuturnya.

Kadang kala ada segelintir ibu yang berhadapan situasi cemas apabila diserang penyakit kemurungan terutamanya semasa berpantang iaitu ‘postpartum depression’.

Almy berkata dia tidak pernah berhadapan peristiwa tersebut serta mempercayai pengalaman menjadi ibu itu adalah amat berharga.

“Alhamdulillah, saya bersyukur tidak pernah mengalami masalah postpartum deperssion seperti sesetengah ibu yang lain. Mungkin sebab saya dijaga dengan baik, walaupun dalam pantang kerja saya banyak gelak saja.. bahagia Alhamdulillah.

“Memang stress, terutamanya buat ibu yang pertama kali melahirkan tapi bagi saya pengalaman tu mahal,” tuturnya.

Berkongsi pengajaran dan ilmu yang diperolehnya sepanjang menjadi ibu, Almy berkata setiap hari ada sahaja perkara baharu yang dipelajarinya.

“Setiap hari sebagai ibu saya belajar perkara baru. Bila anak dah besar, macam ni.. semasa masih kecil pula begini. Tak semua sama.

“Karakter anak-anak saya semua sama, mungkin sebab mereka merasai zaman kanak-kanak. Mereka bukan lebih kepada bermain gadget, ada masa untuk bermain gadget tapi tak fokus sangat.

“Anak-anak saya tidak menggunakan telefon di rumah, hanya ketika berada di luar. Apabila berada di luar, anak-anak saya bebas bermain dengan keadaan sekeliling contohnya televisyen, mainan.

“Saya tak banyak focus to gadget, sebab kalau terlalu fokus dengan gadget nanti tak mengenali dunia luar. Saya selalu nasihat untuk anak-anak untuk bergaul mengikut usia, jangan cepat nak jadi tua. Saya dan anak-anak selalu borak macam orang dewasa, beri penjelasan yang betul secara menyeluruh."

Sekadar info, Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 2014 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 11-8-2023 11:41 PM
"Tambahnya, “Datuk sebagai bapa seorang yang sangat penyayang, anak-anak nombor satu sudah semestinya. Jadi saya gembira, sebab senang sangat sebab apa-apapun mesti dengan anak-anak"

YIHHHHHH, gegehhhhh TinMinyakSizeXXXXXXL mentioned laki dia yg haprak tu dgn panggilan DATO, utk bercerita dkt wartawan. GELIIIIUUUUUUUUUU.
Quote jargon 11-8-2023 11:45 PM
Yelah,semoga takde mendozah 2.0 lepas ni hendaknya
Quote anony-mous 12-8-2023 12:02 AM
Ank no 4&5 tu dia gugur waktu kandungan berapa bulan?
Quote chiyoasuka 12-8-2023 01:29 AM
syukurlah….
Quote Nadiabella 12-8-2023 06:26 AM
Boleh jer almy ni bergaya walaupun dah plus size...tapi dia nak  jugak pakai macam dah berumur....nampak kepam.
Quote kerani_je 12-8-2023 06:59 AM
Syg nye la dia ni lahai..Klau setakat chubby saiz L je ok lagi kot nmpk jgk cutting badan. Tp die ni dah mcm berat 100kg ke atas 3XL rasanya. Dulu time slim lawa giler. Jgn jadikn alasan pregnant n menyusu anak punca weight gain mendadak. Kite yg kawal pemakanan kite..Gittew
Quote Manusiabesa 12-8-2023 09:26 AM
Hg xyh dok cakap besaq la gorgon oi. Esok2 tuhan nk kalih sat ja..... laki hg xjumpa g poen kecik lawa wangi bau stoberi.... nnt dia jumpa 1... dia xingt dh aih poen besaq pinggan busuk kepam hanyir berpeluh sntiasa yg dia dok rasa skrg.... klw dh rasa effort tu xtinggi mana...baik diam... xyh bg statement... cuba la diam2 3 bulan diet kaw2... baru bleh becakap nk cakap apa pon....
Quote t_hahahaha 12-8-2023 09:31 AM
takkan la tak sakit lutut berat2 camtu uii..
Quote prizadane 12-8-2023 11:29 AM
kerani_je replied at 12-8-2023 06:59 AM
Syg nye la dia ni lahai..Klau setakat chubby saiz L je ok lagi kot nmpk jgk cutting badan. Tp die ni ...

Dulu manis gila masa muda, especially zaman dunia baru. Iols tak rasa she pakai 3xl. Iols yang berat 60+ ni pun kadang selesa pakai loose n opt for size xl or 2xl. Silap silap sheols 5xl -7xl
Quote Blessed_Servant 12-8-2023 11:43 AM
Jangan puji sangat. Terang2 pulak tu. Kalau nanti Allah uji jap je hati husband u boleh berubah. Buat ape pun dah tak jalan. Nauzubillah. Bahagia sendiri2 sudah.
Quote miss_perfect 12-8-2023 07:29 PM
Almy ni tak nak belajar daripada sejarah ke? Lakimu tu bukannya ada rekod bersih pun... Berpada2 je la.
Quote MsIda 12-8-2023 07:38 PM
Gemukks nya kau almy...kuruskan lah badan tu bukan utk suami tapi demi kesihatan kau juga selain dr u ll look better....Now u look so so kepamms my dear
Quote monsterwife 12-8-2023 09:09 PM
Bukan ke dia ada anak angkat?
Patutnya anak 5 lah kan?
Quote matjerk 12-8-2023 09:19 PM
Klu yg ni..esok2, if mengungkit "sebelum aku hidup dgn kau, aku cantik tau.. body aku 6pax" ye.. aku percaya..sbb mmg hang cantik pun dulu..camtik, kurus... tp now.. errr.. x pa lah sisss.. asalkan laki hang boleh menerima hang mcm tu... hang pun happy.. anak2 hang pun comel2 je happy jer... ikut suka hang lah.. lagi satu..kesihatan kena jugak jaga

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.047807 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top