CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lagu Diana Danielle Bukan Tentang Farid Kamil "Bukan Nak Ambil Kesempatan, Saya Bukan Duduk Atas Emas, Kena Bekerja,”

11-8-2023 05:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6383| Komen: 12

Diana Danielle menafikan lagu berjudul Bersama Dengan Rindu ditujukan kepada bekas suaminya, Farid Kamil.

Menerusi siaran langsung di TikTok @KopiPlanet.com, lagu tersebut sudah dirakam pada tahun lalu di mana sebelum Diana memfailkan kes cerai lagi.


Foto: IG

“Tidak, bukan cara saya untuk menggunakan hal peribadi untuk membuat lagu. Lagu tu dah dirakam awal tahun lepas. Lagipun dah record muzik video lagu tu awal tahun ni tapi ada sedikit hal.

“Jadi tak ada kena mengena pun keadaan sekarang cuma kami terpaksa keluarkan juga lagu tu sebab dah lama dah disimpan dan ada lagi lagu-lagu lain yang akan keluar.



“Saya bukan nak ambil kesempatan tapi saya kena teruskan kerjaya. Kerja tetap kerja, saya bukan duduk atas emas. Saya kena bekerja,” jelasnya.

Diana dan Farid sah bercerai talak satu menerusi aplikasi Google Meet di dalam dewan bicara Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.


Untuk rekod, rumah tangga hanya bertahan selama 11 tahun dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad dan Aurora. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makneng 11-8-2023 09:11 PM
Edited by makneng at 11-8-2023 09:42 PM

Jap cari kat spotipai

Hapdet…dah ada lahh noksss…jap nak dengau

Hampeh tak leh dengar…switch semula dengar gwen stefani
Quote DeLuna85 11-8-2023 10:38 PM
Silap kawin tau tak. Punya la cantik pigi kawin dengan tu. Harap mimi lana dapat yg sepadan dgn dia. Jangan jadi mcm DD.
Quote Dolmat 11-8-2023 10:59 PM
Tau tau lepas MV selepas eddah tau2 saya "baru" mengenali seseorang tup tup tup nak menikahhhhh.. sarung cincinnnnnn...

"Selepas bernikah Kita bleh bercinta mengenali satu antara lain.. Tu lebih seronok"

Biasaaaaa lah statement retis nyer coverline...

Quote jargon 11-8-2023 11:54 PM
Aku xkn dgr lagu dr retis pelakon convert jd penyanyi..cth dia ni,liyana jasmah,eira syazira sbb mmg xsedap..brlakon jelaahhh…tp klau penyayi convert jd pelakon yes,aku dgr sbb dorang mmg sah2 suara sdp…
Quote chiyoasuka 12-8-2023 01:37 AM
hmmmmmm……
Quote likilu 12-8-2023 12:51 PM
jargon replied at 11-8-2023 11:54 PM
Aku xkn dgr lagu dr retis pelakon convert jd penyanyi..cth dia ni,liyana jasmah,eira syazira sbb mmg ...

Erra fazira pun
Quote Pujangga22 12-8-2023 12:58 PM
jargon replied at 11-8-2023 11:54 PM
Aku xkn dgr lagu dr retis pelakon convert jd penyanyi..cth dia ni,liyana jasmah,eira syazira sbb mmg ...

Tapi Kak Nab penyanyi jadi pelakon ttp sore xsedap

Quote Nanadjo 12-8-2023 01:04 PM
likilu replied at 12-8-2023 12:51 PM
Erra fazira pun

Tapi lagu erra sedap. Paling tak boleh blah jenab nik, terpaling hauk time live, tak boleh move on iols dengan video performance masa anugerah benda ntah yg zis ketuk2 dan suami beria support.
Quote likilu 12-8-2023 01:37 PM
Kesian dd muka panasian t20 tp dia byk kali hint family miskin tegar while menjaga air muka mak dia

Org igt dia jd retis for fun n fame tapi dia byk kali cakap dia keje nak survive, semata nak bayar bil air api dari zaman sekolah sbb xde sapa tanggung

Good thing dia kawen muda,xde terjebak jadi homewrecker or terskandal dgn mana mana politicians n cheapo vips.

Now macam rebirth la tapi harap terima kenyataan ko mebi boleh karoke tapi xde la sampai ada lagu sendiri kuar album. Bakat tak sampai nak jd penyanyi.
Quote Lagubestbest 13-8-2023 04:25 PM
Edited by Lagubestbest at 13-8-2023 04:28 PM

Keluarga FK tu dulu kaya pun kaya orang makan gaji, bukan bisnes. Realiti hidup orang kerja makan gaji mampu merasa senang sekejap sebelum pencen kemudian dimiskinkan inflasi.
Quote cikperiukkera 13-8-2023 04:34 PM
likilu replied at 12-8-2023 01:37 PM
Kesian dd muka panasian t20 tp dia byk kali hint family miskin tegar while menjaga air muka mak dia  ...

Kesian kn…hidup Dd ni lebih kurang mcm kak ratu…ank tunggal & kena tanggung family..kebetulan dua2 ada adik angkat lelaki. Entah mana la adik2 dorg skrg…
Quote likilu 13-8-2023 05:01 PM
cikperiukkera replied at 13-8-2023 04:34 PM
Kesian kn…hidup Dd ni lebih kurang mcm kak ratu…ank tunggal & kena tanggung family..kebetulan du ...

Oh ada lagi adik beradik lain? Ni baru real broken family bukan macam xila tu mak pak baru cerai berapa hari dah bajet bajet saya membesar dalam broken family adoii

Tak semua yg cantik tu beruntung, orang akan senang kecam kata macam macam sebab dengki org tu cantik. Kalau kaya takpe jugak. Sian dd semoga ada sinar dipinang t20 ke royalty ke lepasni.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.060088 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top