CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tular Foto Jalani Rawatan Di Pusat Perubatan Islam "Dia Memang Selalu Datang Ke Sini Bila Kesihatan Terganggu"

11-8-2023 05:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7715| Komen: 25

Tular sebuah foto memaparkan Elizad Sharifuddin dikhabarkan selesai menjalani rawatan cara Islam di Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin terletak di Ayer Molek, Melaka.

Individu yang dipercayai pengasas pusat perubatan tersebut memuat naik foto bersama Elizad di platform TikTok dibawah nama akaun Pusat Perubatan Al Mujahidin.


Foto: IG

Menurutnya, Elizad sering mejalani rawatan di pusat perubatan tersebut setiap kali kesihatannya terganggu.

Dalam pada itu, individu berkenaan turut mendoakan agar segala urusan Elizad dipermudahkan untuk menimang cahaya mata setelah hampir sembilan tahun mendirikan rumah tangga bersama suami, Shamsul Baharin Rahmah.


“Alhamdulillah, selesai rawatan hari ini. Pesakit terakhir, Siti Elizad. Elizad memang selalu datang ke sini bila kesihatan beliau terganggu.

“Moga Ejad (panggilan Elizad) dan semua pesakit cepat sembuh seperti sedia kala dan dipermudahkan Allah untuk kurniakan cahata mata, Aamiin,” tulisnya.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan doa buat Elizad dan suami agar dikurniakan rezeki untuk mendapat zuriat.

Sebelum ini, Elizad atau nama penuhnya Siti Elizad Mohd Shariffudin pernah menjalani rawatan kesuburan persenyawaan In-vitro (IVF) buat kali pertama pada Februari 2020 namun disahkan mengalami keguguran pada November tahun sama.


Susulan itu, aktres drama Teman Lelaki Upahan ini turut menjalankan rawatan IVF buat kali kedua pada tahun lalu. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 11-8-2023 05:27 PM
Ko nikan..org tuh beria dtg jd org olaing last tuk privacy..ko mmg suka2 jer publish ckp org tuh dth berubat...bongok
Quote msdummy.2018 11-8-2023 05:28 PM
Ko nikan..org tuh beria dtg jd org olaing last tuk privacy..ko mmg suka2 jer publish ckp org tuh dth berubat...bongok
Quote pocongkiutss 11-8-2023 05:52 PM
msdummy.2018 replied at 11-8-2023 05:28 PM
Ko nikan..org tuh beria dtg jd org olaing last tuk privacy..ko mmg suka2 jer publish ckp org tuh dth ...

Geram kn
Quote Mekgadis16 11-8-2023 06:04 PM
Setahu aku benda2 ni sepatutnya dirahsiakan kan? Yela, kalau betul ada orang anta something kat dia, bila tahu dia berubat mesti dia anta lagi. Ni kau senang2 publish. Lagi satu aku pernah tertengok live kat tt duk berubat orang. Lol sangat!
Quote likilu 11-8-2023 06:10 PM
Aib org kot
Quote anony-mous 11-8-2023 06:52 PM
Dia dah dpt izin elizad ke nk share???
Quote CiliPadiSedap 11-8-2023 07:36 PM
msdummy.2018 replied at 11-8-2023 05:27 PM
Ko nikan..org tuh beria dtg jd org olaing last tuk privacy..ko mmg suka2 jer publish ckp org tuh dth ...

org yg hantar pun lg syok hantar sbb dh tahu berkesan. patut konsep privacy pesakit diutamakan.
Quote mawardia 11-8-2023 07:42 PM
Sian kau Jad. Habis takde privacy dah. Tu la. Next time kau jgn percaya la pegi tempat2 gini. Dia siap guna kau jadi content Tiktok lagi. Pegi ikhtiar ke hospital je. Duit byk pegi treatment overseas. Pastu pegi therapy minda ke. Yoga ke.
Quote Kurex 11-8-2023 07:45 PM
Gambar kau atas motor tu macam nek a.aida
Quote selipar_hijau 11-8-2023 07:46 PM
Kesian elizad tak pasal2 tempat berubat tu canang pasal ko
Quote I.K.A888990 11-8-2023 08:07 PM
lagu tu mmg mainkan peranan eh
adoi
Quote RoseLuna 11-8-2023 08:11 PM
Alahai kesian Elizad takde privacy
Quote irsa 11-8-2023 08:14 PM
Hmmmm... Tak blh diharap
Quote DeLuna85 11-8-2023 10:45 PM
Benda ni p&c tau tak. Jaga privacy pesakit.
Quote DeLuna85 11-8-2023 10:45 PM
Elizad dah boleh cari pusat rawatan Islam lain dah.
Quote AnnaSendin 15-8-2023 11:29 AM
Mekgadis16 replied at 11-8-2023 06:04 PM
Setahu aku benda2 ni sepatutnya dirahsiakan kan? Yela, kalau betul ada orang anta something kat dia, ...

Iols tacaya ruqyah orang dalam tt ittuew kerna nampak berlakon. Entahlah, too dramatic to be true. Lagipon kalau bethol sakit, perawat taboleyh tunjuk proses ruqyah kerna aibb.
Quote kucingitam 15-8-2023 11:48 AM
org dtg tempat kau pun kau boleh tayang kat tik tok..bayangkan mcmana drg membawang sesama drg pasal penyakit kau
Quote sleepandream 15-8-2023 12:20 PM
siti pon dolu buat IVF byk kali keguguran...
keep trying okey! duit kepok2 khen
Quote Sazreena 15-8-2023 03:18 PM
Pasni tukar tempat la jad..aku mencik tul ngan org yg batak publisiti ni..ala-ala tempat ko retis datang. Lagi sakit la jadinya kalau org hantar bila ko berubat.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.092593 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top