CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Demi Allah Bukan Saya!" Wafariena Dituduh Sebar Fitnah Tentang Che Dan Zain Saidin

11-8-2023 04:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3522| Komen: 5

Wafariena nafi ada kena mengena berhubung sebaran fitnah terhadap pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang menggunakan nama kelab peminatnya di Facebook.

Wafariena atau Wafariena Roslan, 28, berkata, dia mengetahui namanya menjadi sebutan selepas salah seorang ahli keluarganya berkongsi tentang hantaran yang dibuat Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta pada Jumaat.


Katanya, akaun tersebut bukan kelab peminatnya sebaliknya hanya mempunyai satu kelab peminat iaitu Wafariena Ranger yang diuruskan oleh ahli keluarganya.

Foto: IG

"Saya tahu perkara itu selepas ahli keluarga hantar posting Che Ta dalam kumpulan sembang keluarga kami.

"Masa dapat itu saya cakap dekat semua agar buat tak tahu sahaja sebab bukan saya yang buat tapi orang lain.

"Saya pun fan club cuma ada satu sahaja iaitu Wafariena Ranger. Itu pun kakak saya yang uruskan. Demi Allah bukan saya!," katanya kepada mStar ketika dihubungi pada Jumaat.


Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Wafariena memberitahu ini bukan kali pertama namanya tercemar disebabkan pihak tidak bertanggungjawab.



Jelasnya, dia juga pernah membuat laporan mengenai perkara itu namun masih ada pihak menggunakan namanya.

"Ini bukan kali pertama, banyak kali dah melibatkan fans club yang bukan saya punya.

"Saya pun dah banyak kali buat laporan mengenai perkara itu. Bukan dekat Facebook sahaja tetapi Instagram dan TikTok pun ada," katanya.


Dalam pada itu, Wafa berkata dia percaya Che Ta dan juga peminat aktres tersebut mengetahui laman tersebut bukan miliknya.

Bagaimanapun, menerusi hantaran terbaharu Instagram Wafa, dia telah memuat naik beberapa akaun yang dipercayai palsu menggunakan namanya demi kepentingan peribadi.

"Itu nanti saya akan bincang dengan pengurus saya... sebab benda ini baru lagi.

"Lagipun tengok komen dalam itu macam tahu yang itu sekadar scammer sahaja yang menggunakan nama artis untuk benda tak baik," ujarnya.

Sebelum ini, Che Ta meluahkan rasa kesal apabila terdapat tuduhan rumah tangganya bersama suami didakwa sedang bergolak menerusi status yang dimuat naik Facebook Wafariena Fans Club. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 11-8-2023 05:01 PM
Sheols ni nmpk rempit.

Quote Knowlee 11-8-2023 06:14 PM
Dah tahun 2023, kita kena tahu yg link macam tu adalah phishing link saja...
Quote chiyoasuka 12-8-2023 01:41 AM
sah2 tu page fake… hahahaha
Quote Prickford 12-8-2023 08:43 AM
Kau tak payah cakap pon orang tau dikkkk tu page takat nak suruh orang click link Shoppe je.
Quote renko 12-8-2023 09:26 AM
org tua ni pun kemain g bahasa

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.034658 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top