Sedar kenyataannya mengenai kriteri bakal suami yang kuat pengetahuan agama menjadi bahan di laman sosial, Nadi Brian tidak kisah dan menganggap ia sekadar gurauan sahaja. "Saya ditanya tentang kriteria bakal suami dan saya beritahu nak yang beragama. Mestilah kita nak yang beragama, dapat membimbing dan susah senang bersama.
“Ada yang buat content kenyataan saya itu sampai telefon ustaz di Mekah la. Saya tidak mengenali individu tersebut tapi saya anggap dia hanya gurau dan buat content semata-mata,” katanya kepada Gempak ketika ditemui pada sidang media pelancaran siri B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit yang diadakan di DADI Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada petang Khamis. Dianggap penampilan seksi tidak sesuai dengan niat mahu suami kukuh ilmu agama, Nadia bagaimanapun berharap semua orang mendoakan yang baik-baik untuknya.
"Bila ada yang kata saya tak sesuai dengan orang beragama... saya minta doa yang baik-baik, penampilan saya bukannya keterlaluan. Kalau keterlaluan pun saya minta maaf. “Saya masih menjaga batas, tidak menganggu sesiapa dan tahu menjaga diri. Malah saya ada niat nak berubah menjadi lebih baik. Saya ada mendekati (agama) untuk diri saya sendiri seperti mengaji. “Tapi saya tak kongsi kepada orang ramai. Benda baik ini saya rasa bersifat peribadi," jelasnya. Untuk rekod, Nadia pernah mendirikan rumah tangga dengan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 namun mereka bercerai pada April 2021. Sumber: Gempak
|
ADVERTISEMENT