Beberapa foto tular di TikTok membuat pengikut Ain Edruce bertanya kesahihan sama ada benar suami pelakon dan pengacara itu, Amirul yang berada dalam gambar berkenaan. Menerusi perkongsian di TikTok, @_selipar.putus yang dipercayai salah seorang rakan Amirul, berkongsi foto semasa zaman permotoran atau ‘merempit’. “Major throwback zaman merempit. “Sekarang masing-masing dah kahwin, berjaya dan makin famous. Aku jugak yang maintain macam dulu,” tulisnya di kapsyen. Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tidak menyangka Amirul merupakan seorang ‘mat rempit’ kerana sering tampil dengan sifat yang pendiam. Sumber: Xtra
|
ADVERTISEMENT