CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Diana Fokus Anak Selepas Cerai, Farid Reda Ketentuan Allah

10-8-2023 05:37 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6009| Komen: 8

Pelakon Diana Danielle sudah mempersiapkan mental meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal selepas sah bercerai dengan aktor Farid Kamil pada petang Khamis.

Diana atau Diana Danielle Beeson, 32, berkata, fokusnya kini adalah membesarkan dua orang anaknya iaitu Muhammad dan Nur Aurora yang memerlukan perhatian.



"Saya sangat tenang akhirnya boleh tutup buku lama dan mulakan kehidupan baru selain mendoakan agar Farid dapat buat perkara sama.

"Sejak awal mental saya memang sudah bersedia dan selepas ini akan jalani kehidupan seperti biasa dan meneruskan amanah menjaga anak-anak," katanya kepada mStar.

Diana berkongsi perkara itu selepas prosiding penceraiannya dengan Farid di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.

Dalam pada itu, Diana berkata, dia enggan mengulas lagi mengulas mengenai hubungannya dengan Farid sehingga membawa penceraian mereka kerana hanya orang tertentu mengetahui kisah sebenar.


Apa lebih penting ketika ini, dia dan Farid perlu bekerjasama mencari momentum baharu bagi memastikan kedua-dua anak mereka dijaga dengan baik dan mendapat kasih sayang secukupnya.


"Saya tak nak cakap lagi fasal perasaan sebab ia terlalu peribadi, cukuplah kami berdua yang tahun dan ia bukan keputusan yang senang untuk dibuat.

"Saya kena cuba cari momentum baru bersama Farid untuk menjaga anak-anak," ujarnya.

Sementara itu, Farid menerusi Instagram miliknya memberitahu apa yang berlaku adalah ketetapan oleh Tuhan dan sudah berusaha mempertahankan perkahwinan dibina selama 11 tahun.

"Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Saya pun doakan anda semua bahagia dunia, akhirat. Kita hanya boleh rancang dan usaha tetapi ketetapan hanya pada yang punya kuasa," katanya.

Farid melafazkan cerai talak satu terhadap Diana menerusi panggilan video di dengari oleh Hakim Syarie Syukran Yusof.

Pelakon dan pengarah itu tidak dapat hadir pada prosiding tersebut disebabkan tidak sihat akibat kesan Covid-19.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora berusia 8 tahun.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purplehaz 10-8-2023 06:13 PM
...Tutup Buku lama

Cari Momentum baru ...

Yeahh
Quote Carcosa 11-8-2023 12:40 AM
Tengok berita tadi, berseri2 muka DD.
Maybe mmg dia betul2 lega lah, dah lepas kan. Semoga FK carilah jalan bersih lepas ni. Udah2 lah mendadih tu. Sampai bila nak bersedap2 ni hoi. Nak cuba, dah cuba dah kan. Udoh2 ler tu Mattt.
Quote MissVixen 11-8-2023 01:07 AM
Cantik dd. Berjaya juga lepas dari laki bermasalah. Ada juga anak2 untuk mengadu
Quote jlo 11-8-2023 08:39 AM
all the best both of them...
Quote myakayina 11-8-2023 08:44 AM
semoga yg baik2 je utk dorg dan anak2..hidup perlu diteruskan..yg mana perlu ubah tu ubahlah..hidup bukan makin muda pun..
Quote aryyan 11-8-2023 08:51 AM
sedih..
satu kerugian buat fk sia2kan dd.
fk skrang muka mmg nmpk tak terurus.
kurus, mata gelap.
Quote HoneyManjer 11-8-2023 09:16 AM
ada satu musim caras mencaras
ni musim cerai bercerai pulak dah......
Quote chiyoasuka 12-8-2023 02:02 AM
smoga dipermudahkan urusan

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.097056 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top