Susulan kes perceraian ibu bapa kepada Shila Amzah, penyanyi wanita itu tampil memberikan respon berharap orang ramai di luar sana mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga dan mengakui dirinya sebagai anak pun tidak mampu untuk memaksa mereka untuk terus bersama.
"Anda semua janganlah risau akan mak saya, doakan yang baik-baik. Sebab pada akhirnya, orang nak bercerai ke, kahwin ke, itu semua jodoh. "Kita sebagai anak takkan nak paksa mereka bersama. Anak-anak semua sudah besar. Suka hati merekalah nak buat apa. "Nak cari kebahagiaan masing-masing. Lantaklah mereka. Pergilah cari masing-masing punya kebahagiaan," katanya menjawab pertanyaan warga maya menerusi siarang langsung di TikTok Bagaimanapun, sebagai anak sudah pasti dia berasa sedih dengan berita perceraian itu. "Tipulah kalau anak-anak tak sedih tapi pada masa sama, kami pun serabut tengok mereka bergaduh. "Jadi lantaklah mereka. Memang tak boleh nak buat apa, kalau setakat itu, setakat itu sahaja (jodoh) mereka sudah cuba," katanya. Dalam pada itu, Ubai sebagai menantu turut berharap orang ramai mendoakan kebahagiaan ibu bapa mentuanya itu. Sumber: Beautifulnara
|
Manusiabesa replied at 10-8-2023 12:35 PM
Anak dehaka ke dia ni? Dia kira lubang poen dia saja. Xamek kisah mak bapak.klu aku jd datin poziah ...
mizruncing replied at 10-8-2023 12:45 PM
ye lantak kan mereka. kes lebih kurang mcm aku. beza bapak aku x kawen anak dara je. masa dpt tau mm ...
afie_m replied at 10-8-2023 12:38 PM
mmg lah hang serabut tgk tapi bahasa ko tu jgn lah melantakkan ja...mak dgr pun sedih
Chah21 replied at 10-8-2023 12:59 PM
U nk statement mcm mna
Chah21 replied at 10-8-2023 01:04 PM
Dh fedup kot.. asyik gaduh je.. ank2 nasihat xnj dgar x pun ank nasihat ,ank yg kena balik..lantak ...
ADVERTISEMENT