Baru-baru ini, ibu kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu Datin Fauziah Sarman telah mengumumkan bahawa dirinya telah berpisah dengan penyanyi terkenal era 80-an iaitu Dato’ Amir Hamzah atau lebih dikenali sebagai ND Lala setelah 34 tahun mendirikan rumah tangga.
Isu berkenaan turut mendapat respon oleh pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin menerusi Instagram, menitipkan kata-kata semangat buat Fauziah Sarman malah turut mendoakan kebahagiaan ibu kepada empat orang anak ini. “Jika itu bukan lagi jodoh kak Zie berbahagialah dengan anak-anak, pergilah kemana nak pergi berjalan jauh bawa diri bawa hati yang lara. Saya doakan kebahagiaan kakak. Ada suami tapi tak bahagia pun buat apa kak makan hati berulam jantung. "Saya pun bermadu juga kak, saya takkan biarkan madu saya menderita. Apa yang kita buat Allah balas balik. Jadi no 2 pun sakit jiwa juga kak, orang ada laki sorang pun sakit otak juga.
"Pendek kata lelaki is lelaki lah. Sayangnya hidup dah habis dengan kau lelaki!! Haihh,” tulis Zarina Zainuddin di Instagram. Dalam pada itu, memetik laporan Harian Metro, Fauziah membuat pengakuan bahawa dirinya telah digantung tidak bertali sejak tahun 2022 serta ND Lala sememangnya telah membuangnya serta anak-anak. Sumber: Murai |
dudaberhias replied at 10-8-2023 12:27 PM
aiyooo tu pun nak mencapub...
ko duduk rumah rilek2 kacau pulut rendang sambil di hempuk dan smackd ...
ADVERTISEMENT