CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mira Filzah Teruja Sangat Pertama Kali Jadi Heroin Dalam Filem

10-8-2023 09:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5059| Komen: 56

Lama berehat, Mira Filzah membuat 'comeback' dalam bidang lakonan tahun ini sekali gus mengubat kerinduan peminatnya.

Drama terbaharu lakonannya, Imam Instant Ustazah Scammer sebanyak lapan episod bergandingan dengan Hun Haqeem sudah selesai ditayangkan, April lalu.


Foto: IG

Terbaharu, Mira bakal beraksi sebagai heroin dalam filem Munajat Kekasih arahan Osman Ali.

Secara peribadi, Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 30, berkata, dia sukar menolak tawaran Osman kerana ia filem pertamanya sebagai heroin.


"Ini filem pertama saya sebagai heroin. Dalam filem Sangkar, saya hanya melakonkan watak pembantu. Saya terima tawaran abang Osman kerana tertarik dengan watak Sakinah," katanya pada majlis memperkenalkan menu baru BurgerMira selaku duta Secret Recipe yang berlangsung di pusat beli-belah di sini, baru-baru ini.

Bercerita mengenai filem itu, Mira berkata, watak Sakinah juga mencabar dirinya kerana ia watak 'flashback' atau yang diimbas kembali pada 1985.


"Bukan mudah menghidupkan watak Sakinah, gadis kampung yang hidup pada 1985 dan bukan pada zaman sekarang.

"Namun, saya berusaha melakonkannya sebaik mungkin seperti dikehendaki jalan ceritanya. Pada masa sama, hero yang bakal bergandingan dengan saya dalam filem ini juga masih dalam proses perbincangan.

"Mungkin pengarah umumkan nama hero bila kami mulakan penggambaran nanti," katanya.


Sebagai persediaan untuk watak Sakinah, kata Mira, dia juga mengikuti kelas lakonan dalam tempoh satu hingga dua minggu dengan pelakon dan pengarah berkaliber, Elly Suriaty.

"Kelas lakonan ini disediakan produksi untuk barisan pelakon sebelum penggambaran filem ini dimulakan pada pertengahan bulan ini.

"Selepas kelas lakonan ini selesai, baru kami memulakan penggambaran filem ini yang membabitkan lokasi di Kelantan dan Terengganu selama lebih sebulan," katanya.


Berkongsi pengalaman berguru dengan Elly, kata Mira, dia menimba pengalaman baharu dalam ilmu lakonan.

"Kak Elly wajahnya saja nampak garang, tetapi bila bercakap, dia seorang yang lembut. Saya juga seronok menerima bimbingan daripadanya untuk memantapkan lagi prestasi lakonan sedia ada," katanya.

Ditanya mengenai kelas lakonan lagi, kata Mira, dia tidak kisah mengikuti kelas lakonan walaupun sudah ada pengalaman berlakon sebelum ini.

"Sebelum ini saya pernah mengikuti kelas lakonan, tetapi secara berkumpulan dan bukan bersemuka seperti dengan Kak Elly. Kelas lakonan ini bagus untuk membantu pelakon menjiwai watak sebab metodenya berbeza.

"Sebenarnya pihak produksi akan menyediakan kelas lakonan untuk pelakon sebelum memasuki lokasi penggambaran," katanya.



Sebagai wanita yang baru bergelar ibu, pastinya Mira sedih kerana bakal berjauhan dengan anak, Wan Khair Amir yang berusia 15 bulan selama lebih sebulan untuk penggambaran filem itu.

Namun, Mira tidak bimbang meninggalkan anak kerana ada suami, ibu serta ahli keluarga terdekat membantu menjaganya di rumah.

"Saya sedih kerana bakal berjauhan dengan anak yang masih kecil, tetapi ia komitmen kerja yang perlu dilakukan sebagai pelakon.


"Pada masa sama, saya juga mengambil seorang guru untuk menemani anak dengan membuat pelbagai aktiviti Montessori supaya anak tidak bosan sepanjang tem

poh saya 'out station' nanti," katanya.

Mira yang menempa nama menerusi drama Pujaan Hati Kanda ini berkahwin dengan Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-il Anuar, 33, pada 3 September 2020. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lightheaded67 10-8-2023 09:43 AM
she ni mesti spisis malas pakai retainer. tgk mcm dh lari ajer gg
Quote pembacagosip 10-8-2023 10:18 AM
x ada heroin lain ke
ok bai
Quote IvyGorgon 10-8-2023 11:07 AM
I lebih prefer kakak dia ni. Dia ni dok rumah dendiam ajelah. Berlakon bertahun pun kayu.
Quote Bumbu 10-8-2023 11:38 AM
Sape je la nak tgok kau blakon
Quote love_warrior 10-8-2023 11:54 AM
Dulu hype pon sbb gusip ngn bam wemy...
Quote nw111 10-8-2023 11:57 AM
Sendunyaaaa mira skrg...dulu kalau benang mira je...berpusu porumer mengomen...fans dgn haters sama naik...now ni sepi je benang mira...
Ok..done akak komen sbb nk bg meriah benang mira..
Quote irvene 10-8-2023 11:59 AM
jom boikot, jgn tgk. mmg silap lah kau osman ali amik dia ni. dh la semua acik forum tak suka dia. sbb dia gedik n basic.
Quote insyi81 10-8-2023 12:28 PM
benda plg bodoh aku penah buat mengesip kan migha dgn ben amir kt forum ni dlu..
Quote Burong_Hantuk 10-8-2023 12:31 PM
kayu...plus mira piljah ni kecutttttt
Quote telracs 10-8-2023 12:32 PM
IvyGorgon replied at 10-8-2023 03:07 AM
I lebih prefer kakak dia ni. Dia ni dok rumah dendiam ajelah. Berlakon bertahun pun kayu.

Siapa kakak dia?
Quote reenz013 10-8-2023 12:38 PM
ermmm....next
Quote telracs 10-8-2023 12:38 PM
Kenyataan Mira Filzah dalam MyStar Online pada 8 September 2016.

So, untuk filem 2023 ni, mesti gempak... all out!
Quote telracs 10-8-2023 12:52 PM
Meols tidak pernah minat Mira ni...
Apabila baca di forum ni, ramai pula yang tak minat beliau, maka meols cuba mencari asbabnya...
Hahaha...

Sebab, yang meols pernah tahu, beliau ni macam pernah jadi pujaan dan idola remaja kerana sikapnya yang baik, menutup aurat, sopan santun...
Hehehe...

Quote telracs 10-8-2023 12:55 PM
telracs replied at 10-8-2023 04:52 AM
Meols tidak pernah minat Mira ni...
Apabila baca di forum ni, ramai pula yang tak minat beliau, maka ...

Lagi.. Trobek.. hahaha..
Idola ramai wanita kau!!!
Quote sweetfasha 10-8-2023 01:01 PM
mira oh mira

sejak kawin dah hilang hype.. jadi heroin pun rasanya tak da sapa nk tgk kot..

2-3 tahun lg berlakon kakak kakak heroin/hero.. pas tu mak mak lah pulak
Quote Nana_Man 10-8-2023 01:05 PM
Boringgggggggggg
Quote IvyGorgon 10-8-2023 02:13 PM

AinFarhanah16 kat IG
Quote cicicumel 10-8-2023 02:16 PM
Pandai ke pengarah Malaysia ni buat film latar 1985? Nnt ada la tu baju/tudung /fesyen rambut x kena zaman. Material kain pn memainkan peranan. Hopefully study la betul2 fesyen 1985 jgn nnti pakai baju t shirt ala2 thn 2000.
Quote Binodino 10-8-2023 02:21 PM
Tak berkenan sungguh aku tengok pesen dia bertudung melekap ke dahi gitu. Nampak makin jendul dahinya.

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.191861 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top