CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Luahan Irfan Haris Ditinggalkan Kekasih Rupanya Hanya Gimik Lagu Baharu

9-8-2023 10:05 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6970| Komen: 5

Penyanyi Irfan Haris tampil menjelaskan perkara sebenar berhubung luahan hati mengenai kisah putus cinta yang menjadi bualan netizen di TikTok.

Pemilik nama sebenar, Irfan Haris Othman, 21, berkata ia hanya sekadar gimik sempena pelancaran lagu baharunya berjudul Tak Pantas Untukmu.



"Lagu itu memang ada kaitan dengan seseorang dan ada kait juga dengan diri saya tetapi saya tidak patah hati seperti yang diperkatakan.

"Saya tak cakap itu perkara betul tapi ia sebenarnya sebahagian dari gimik lagu saya. Kami sengaja reka sahaja," katanya kepada mStar pada Rabu.

Kata Irfan dia sengaja mencipta gimik tersebut dan terbukti ia membantu mempromosikan lagu berkenaan.


Malah dia tidak teragak-agak untuk melakukan gimik lagi selepas ini sekiranya mahu melancarkan lagu baharu.

"Sambutan tidaklah begitu hangat sangat tapi Alhamdulillah. Bagi saya gimik macam ini membantu juga untuk lagu saya.

"Nak kata tak buat lagi itu tidak... kita tengok saja nanti," katanya lagi.

Berkongsi mengenai penghasilan lagu tersebut, Irfan memberitahu Tak Pantas Untukmu itu merupakan hasil kerjasamanya dengan penyanyi Iman Alyssa dan Amir Firdaus.


Ditanya mengenai hubungannya dengan Dalia Farhana, Irfan menjelaskan mereka hanya berkawan rapat sahaja.

"Saya dan Dalia hanya sekadar berkawan memandangkan kami di bawah syarikat pengurusan yang sama. Kami cuma cover lagu bersama-sama saja.

"Kami tiada rancang untuk berkenalan lebih lanjut," luahnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 10-8-2023 08:29 AM
Alaa dek... Xyah la pakai modus operandi sama nk buat gimik2 ni
Quote hokeypokey 10-8-2023 06:19 PM
muka cam bangla jer
Quote dani-rox 10-8-2023 07:51 PM
tebalnya bulu kening
Quote LembingDayanti 10-8-2023 07:56 PM
sah sah kau perkelakuan bottom ada hati nak reka cite ditinggalkan kekasih hahahahah
Quote slyfynx 10-8-2023 08:55 PM
Bijik.
Ade ke orang kesian and twarkan diri jd gf ko pun.
Rasenye xde sape pun heran ngn gimik ko nih

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.031470 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top