Kuala Lumpur: "Saya reda... satu hari nanti biarlah Allah yang membalasnya... amin," kata Nur Azera Fatehah Abdullah, 22, menerusi kapsyen video mengandungi gambar perkahwinan dan nasihat pendakwah di TikTok.
Kapsyen pada video itu seolah-olah menggambarkan isi hati Nur Azera Fatehah atau mesra disapa sebagai Yan yang didakwa sudah bercerai. Tanpa menyebut nama sesiapa, Nur Azera Fatehah menerusi kapsyen sama berkata, dia memilih untuk bersabar, berdiam dan menyerahkan kepada takdir Ilahi untuk menentukan jalan hidupnya. "Sabar saya, diam saya itulah kunci kekuatan saya untuk menghadapi Allah. "Biarlah takbur dengan fitnah apa orang sampaikan pada saya. "Saya diam itu adalah kunci bagi saya, biar Allah sendiri yang aturkan. Cukup saya sujud minta pada Allah apa saja terjadi dalam hidup saya," tulisnya.
Di ruangan komen, rata-rata pengikut Nur Azera Fatehah memberi sokongan terhadapnya. Ada juga yang mendoakan semoga Nur Azera Fatehah terus istiqamah dalam usahanya untuk berubah ke arah lebih baik. Terdahulu, Harian Metro melaporkan kisah perkahwinan Danny, bekas mak nyah dengan Nur Azera Fatehah iaitu wanita yang sebelum ini berperwatakan lelaki. Pasangan itu diijabkabulkan pada 15 Julai lalu dalam majlis pernikahan di rumah keluarga Nur Azera Fatehah dekat Ladang Kelapa Sawit Ulu Remis dekat Layang-Layang, Johor. Danny dan Nur Azera Fatehah hanya berkenalan selama lima hari sebelum sepakat bernikah. Bagaimanapun, Danny membuat kejutan menerusi pengakuan eksklusif kepada Harian Metro yang dia sudah melafazkan cerai talak satu kepada isterinya pada 30 Julai lalu. Lafaz talak itu dibuat menerusi kiriman mesej di aplikasi WhatsApp. Danny memberi reaksi itu bagi menjawab desus-desus mengenai status perkahwinannya yang dikatakan bergolak selepas memuat naik video dan gambar kenangan bersama Nur Azera Fatehah dengan kapsyen 'Aku reda' disusuli emoji sedih. Lebih menguatkan andaian itu apabila tiada lagi video pasangan itu di akaun TikTok Danny seperti dimuat naik sebelum ini dan ia dipercayai sudah dipadam selepas apa yang berlaku. Petang Isnin lalu, Danny hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Ampang, Selangor bagi memfailkan permohonan cerai dan nekad dengan keputusannya untuk berpisah. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Suchi replied at 9-8-2023 05:20 PM
Ramai juga kawan tomboy dia nih, mlm td dia live ngn kawan tomboy lain. Kwn dia tu penah kawen gak, ...
JunkMail replied at 9-8-2023 10:27 PM
Rajinnya kau kakkkk tengok live diorang...
Bagi id aku nak sekodeng
ADVERTISEMENT