CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Julung Kalinya Ibu Yasin Sulaiman Hadir Ke Mahkamah Walau Tak Sihat, Renung Jauh Anak Dalam Kandang Tertuduh

9-8-2023 02:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6650| Komen: 39

Buat julung kalinya, ibu Yasin Sulaiman, hadir ke mahkamah hari ini, untuk memberi sokongan dan semangat.

Suzanah Abdullah, 73, dilihat hanya merenung jauh Yasin ketika dalam kandang tertuduh.


Adik Yasin, Marwan Sulaiman, 31, berkata, walaupun kesihatan ibunya tidak begitu baik, namun ibunya mahu hadir ke mahkamah hari ini untuk memberi semangat.

Foto: Harian Metro

"Hari ini rasa macam tarikh penting, nak tahu apa berlaku dan apa perancangan mahkamah.

"Ibu ambil keputusan nak datang hari ini untuk beri sokongan dan pastikan Yasin dalam keadaan baik," katanya.

Marwan berkata, ibunya kerap melawat Yasin di penjara tetapi memilih untuk datang ke mahkamah hari ini.

"Ibu sebenarnya selalu menziarah Yasin di penjara," katanya.

Dalam prosiding hari ini, Hakim Mahkamah Sesyen Faiz Dziyauddin, membenarkan sepina dikeluarkan terhadap Pakar Perunding Forensik Psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Ian Lloyd Anthony, untuk dijadikan saksi pembelaan kes berkenaan, selain mengekalkan tarikh bicara pada 28 dan 29 Ogos ini.


Kebenaran sepina diberikan selepas dimohon peguam bela Muhammad Yasin, Ariff Azami Hussein, manakala Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin mengesahkan akan memanggil antara lapan hingga 10 saksi.

Marwan berkata, keadaan kesihatan ibunya adalah baik, namun berdasarkan usia tidak boleh hadir ke mahkamah setiap minggu seperti anak muda.

"Namun, ibu hadir ke mahkamah hari ini memberi semangat kepada Yasin yang dulu ada penyakit tiroid dan bipolar.

"Saya tak pasti kalau ibu larat nak beri sokongan pada bicara 28 dan 29 Ogos ini," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 9-8-2023 03:05 PM
kasihnyaaaaaaa ibuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...membawaaaaaaaaaaaaaaaa ke syurgaa~~
Quote 3chanceno 9-8-2023 03:19 PM
Kesian famili...sebelum buat apa2, pikir2 kanlah akibat pada famili
Quote zehra2 9-8-2023 03:21 PM
ala sedih pulak. sbb ibu dia mcm tk sihat dah
Quote vanillaninja 9-8-2023 03:21 PM
Tu pic Marwan ke? Biar betul 31. Macam 41 je.
Quote winky1 9-8-2023 03:22 PM
Hidup ini memang payah . Semoga dipermudahkan.
Quote babelina 9-8-2023 03:24 PM
Allah.. sedih la..
Quote doubleA 9-8-2023 03:26 PM
Mak yasin ni mat saleh ke?
Quote babynina30 9-8-2023 03:29 PM
doubleA: Mak yasin ni mat saleh ke?


Yg i igt, Yasin penah sekolah dkt Saudi. Pastu fasih ckp Arab. Tak pasti plak omaknya Ereb ke omputes. Tp yasin punya putih n features mcm mix
Quote beautifulorchid 9-8-2023 03:37 PM
Mak yassin ni asal dari mana ek? ade sesape tau tak? dulu masa yassin glamer  mak dia pakai purdah...
Quote mamajawie 9-8-2023 03:37 PM
x silap mak yassin ni aussie convert islam
Quote sayurmayur88 9-8-2023 04:12 PM
kesiannya..
adik yasin 31 ? nampak matang banding usia 31
Quote Prickford 9-8-2023 04:25 PM
vanillaninja replied at 9-8-2023 07:21 AM
Tu pic Marwan ke? Biar betul 31. Macam 41 je.

Yg dalam gambar tu abang Yassin. Adiknya umur 31 tu takde dalam gambar.
Quote vanillaninja 9-8-2023 04:29 PM
Prickford replied at 9-8-2023 08:25 AM
Yg dalam gambar tu abang Yassin. Adiknya umur 31 tu takde dalam gambar.

Oh thanks chuols. Tu la tengok takde penampakan umur 31 pun.
Quote Purplehaz 9-8-2023 04:34 PM
Entahlah apa keputusan mahkamah nanti..susah nk lps ni atas alasan rawat sakit.

Kesian mak dia,..very old already nk hadap kisah ank mcm tu.
Quote sharlenetexas 9-8-2023 04:51 PM
beautifulorchid replied at 9-8-2023 03:37 PM
Mak yassin ni asal dari mana ek? ade sesape tau tak? dulu masa yassin glamer  mak dia pakai purdah.. ...

Australian. Paknya study kat tasmania dulu.

Quote nurkasih74 9-8-2023 04:56 PM
sharlenetexas replied at 9-8-2023 04:51 PM
Australian. Paknya study kat tasmania dulu.

My super duper senior lah bapaknya kalau study kat situ..
Quote wikedsaikel 9-8-2023 04:57 PM
babynina30 replied at 9-8-2023 03:29 PM
Yg i igt, Yasin penah sekolah dkt Saudi. Pastu fasih ckp Arab. Tak pasti plak omaknya Ereb ke ompu ...

Features mcm kokesen
Quote mrseller 9-8-2023 05:34 PM
Aku dgr abang atau adik dia yg bertocang cakap time
Interview, softspoken,polite. Aku rasa family dia is a good family and yassin come from good educated background
Quote babynina30 9-8-2023 07:38 PM
mrseller replied at 9-8-2023 05:34 PM
Aku dgr abang atau adik dia yg bertocang cakap time
Interview, softspoken,polite. Aku rasa family di ...

Indeed they are. Their upbringing, educational background semua baguih2

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.051326 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top