CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Nak Cakap Bersungguh-Sungguh, Bukan Berpeluh-Peluh,"Nabil Mahir Tersasul Masa Umum Ayda Jebat Hamil

9-8-2023 01:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3252| Komen: 9

Nabil Mahir memohon maaf kepada sesiapa yang tak senang dengan caranya mengumumkan berita kehamilan Ayda Jebat bulan lepas.

Menurutnya, dia tidak sangka dikecam malah Nabil tidak mengetahui perkara tersebut tular.



Foto: IG

“Saya pun terkejut sebab selepas pengumuman tu saya tak ada tengok komen-komen dekat media sosial jadi saya memang tak tahu.

“Sejujurnya saya cuma nak berkongsi berita gembira itu saja dengan cara tersendiri tapi saya minta maaf jika menyinggung mana-mana pihak.


“Sebenarnya saya salah cakap, tak tahu kenapa saya boleh tersasul. Saya nak cakap bersungguh-sungguh tapi boleh jadi berpeluh-peluh.

“Selepas cakap tu baru saya tanya Ayda eh apa saya cakap tadi dan ia berlalu begitu sahaja,” jelasnya kepada XTRA.

Sementara itu, dia memberitahu tidak dapat memuaskan hati semua orang dan memilih untuk tidak membaca komen demi menjaga emosinya.


“Saya memang tak baca komen atau apa saja berita di tabloid sebab saya juga perlu jaga emosi dan pastikan saya gembira.

“Kalau saya tak gembira atau emosi terganggu akan memberi kesan juga pada keluarga saya. Jadi saya tak mahu ambil tahu,” ujarnya.

Pada masa sama, Ayda pula berlawanan dengan Nabil di mana dia lebih memilih untuk membaca komen positif mahupun negatif namun dia tidak terkesan dengan kecaman yang diterima.


“Secara jujurnya saya dah biasa, Nabil pun tak risau kalau netizen cakap apa pun sebab saya tahu kawal emosi. Bagi saya emosi ini saya gunakan untuk lakonan sahaja.

“Saya baca semua dan setakat kecaman begini ia perkara kecil,” kata Ayda.



Untuk rekod, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ana Nayla yang kini berusia hampir dua tahun. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 9-8-2023 02:03 PM
Apa beza cakap bersungguh2 ke berpeluh2 pun...hal ko ngongkek pun nak citer ngan org..muka tembok ke hapa?
Quote Bolabulat 9-8-2023 02:40 PM
Tipikal laki melayu, suka ckp porn, entah2 tahan seminit je, sembang bukan main.
Quote alieyrina 9-8-2023 02:45 PM
Pandainya anak dia yg posing cek2 kamera tu..mcm pro aja
Quote Ayda89 9-8-2023 02:45 PM
Yelatuh. Mulut ko mmg hangsuang pun selama ni. Takyah la acah2 teshashul [em:22:]
Quote Tteobokki 9-8-2023 03:01 PM
Makin banyak kau bukak mulut makin nampak bodoh. Tak handsome takpe tapi jangan bodoh
Quote scidbu 9-8-2023 06:12 PM
Apa yang dia cakapkan tu? ????
Quote heythere123 9-8-2023 08:13 PM
orang memang tahu kau bangang so tutup mulut je la lain kali. Lebih elok begitu
Quote love_warrior 9-8-2023 08:15 PM
Apa kerja laki jebat ni? Dok mengekoq jebat ni suting
Quote naina 10-8-2023 08:59 AM
Ayda zaman2 Jul Ripin dulu kemain bulat cm pinggan. Siap double chin lagi. Pipi dia dulu ada isi lebar. Skng cengkung. Hilang dah muka bulat dia. Cmne boleh cmtuu. Features muka dia tulang2 dia buatkan muka bulat jadi cengkung

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.041014 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top