Seorang pemuda dikenali sebagai Zulariff berkongsi video di TikTok menunjukkan keadaan wajahnya yang berbintik-bintik dan berkudis. Walaupun ada antara netizen yang mencadangkan agar dia membuat 'test' penyakit kelamin, Zulariff bagaimanapun tidak melatah kerana yakin ia tidak ada kaitan dengan masalah kesihatan tersebut.
"Saya yakin dan pasti tak ada kaitan dengan semua tu (HIV). Bahagian lain pun memang tak ada langsung terkena melainkan muka sahaja," katanya ketika dihubungi mStar. Jelas Zulariff penderitaannya bermula dengan tonsil membengkak. "Saya mula sedar sejak enam hari lalu apabila tonsil terasa seperti membengkak. Rasa membengkak tu sampai ke kepala. Nak telan air liur pun sakit. "Kemudian muka saya mula nampak macam timbul jerawat atau melecet tapi masa tu saya ingat tak ada apa-apa yang serius. "Masuk hari ketiga barulah saya perasan yang keadaan makin teruk sebab sakit tu dah merebak. Sakit sangat tapi saya tak demam pun," ujarnya yang senang disapa Zul.
Bimbang dengan keadaan wajahnya yang semakin teruk, pemuda berusia 21 tahun itu mengambil keputusan untuk ke klinik bagi mendapatkan rawatan. Menurut Zul, setelah diperiksa, doktor memberikan ubat antiviral, krim merawat kegatalan dan paracetamol kepadanya kerana disyaki mengalami penyakit herpes zoster atau kayap. Bagaimanapun, tiada sebarang kepastian daripada pihak doktor kerana keadaan bintik-bintiknya bertukar menjadi bernanah. "Apabila tengok keadaan makin teruk, doktor minta saya buat ujian darah untuk tengok jangkitan tu sama ada disebabkan bakteria atau virus. "Saya lega sikit apabila keputusan darah menunjukkan keadaannya normal. Jadi doktor cakap teruskan makan ubat antiviral dan antibiotik. Doktor ada bagi krim antibiotik juga untuk sapu pada bahagian muka," ujarnya yang menetap di Selangor. Kata Zul lagi, dia tidak segan untuk keluar berjalan dengan keadaan wajahnya yang bernanah. Namun, dia memilih untuk memakai pelitup muka kerana bimbang sekiranya orang lain tidak selesa melihatnya. Selain bergantung pada ubat moden, ahli keluarga Zul turut membantu membawanya mendapatkan rawatan tradisional dengan harapan agar dia dapat sembuh dengan segera. Sumber: mStar
|
OshinDaSolja replied at 9-8-2023 09:58 PM
penyakit kulit ni kdg2 berkaitan dgn environment dan juga kualiti air sesuatu tempat...
ADVERTISEMENT