Peminat terkejut melihat perubahan fizikal pelakon Lee Min Ho ketika menghadiri acara Merz Aesthetics Expo di Thailand, baru-baru ini. Menerusi video yang tular di media sosial, pelakon berusia 36 tahun itu mengenakan baju serba putih kelihatan mesra menyapa peminat kelihatan semakin tembam.
Ramai membuat spekulasi penambahan berat badan pelakon itu disebabkan dia sedang berehat dari sebarang aktiviti lakonan ketika ini. Menjengah ke ruang komen, netizen mengatakan Min Ho sudah tidak sekacak dulu dan wajahnya kelihatan berbeza. "Mungkin berat dia bertambah, sebab dia tengah bercuti sekarang ini. "Walaupun nampak tembam tapi dia tetap Lee Min Ho saya! "Biarlah dia berisi sikit, selepas ini dia boleh turunkan berat badan semula selepas mulakan projek baru," komen netizen. Sumber: mStar
|
shoyuna replied at 12-8-2023 06:33 PM
Ingatkan ai sorang rasa minho dah bambam. Nasib baik tak minat
Anyhow nape lee minho ni dikait ...
ADVERTISEMENT