CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Vincent Tan, Berjaya Land Tuntut Sanusi Mohon Maaf, Bayar RM200 Juta

7-8-2023 09:11 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 9759| Komen: 47

Kuala Lumpur: Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun dan Berjaya Land Berhad (Berjaya Land) menuntut permohonan maaf secara terbuka dan pampasan ganti rugi RM200 juta daripada Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.


Ia susulan dakwaan Menteri Besar Kedah itu membuat kenyataan berunsur fitnah dan tidak benar mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).

Muhammad Sanusi dikatakan menyampaikan ucapan berbaur politik, fitnah, palsu, tidak berasas dan tanpa bukti bertujuan menggugat Vincent Tan dan Berjaya Land secara langsung atau tidak langsung.


Ia berkaitan projek terbabit ketika 'Jelajah Mega PN (Perikatan Nasional) Best' dan 'PN Best Sayangi Kedah Sejahtera Mega Tour', 2 Ogos lalu.

Berjaya Land dalam kenyataan hari ini berkata, satu surat tuntutan melalui firma guaman mewakili Vincent Tan dan pihaknya dikemukakan kepada Muhammad Sanusi pada kelmarin, yang menggariskan lima tuntutan.


Yang pertama, tanpa syarat menarik balik semua kenyataan defamasi dalam ucapan Menteri Besar Kedah yang merujuk kepada Vincent Tan dan Berjaya Land.

Kedua, mengemukakan permohonan maaf secara terbuka tanpa syarat berhubung ucapan itu mengikut terma pihak guaman untuk diterbitkan dengan serta-merta oleh Muhammad Sanusi di platform ditentukan pihak sama.

"Ketiga, menyediakan jaminan bertulis bahawa Muhammad Sanusi tidak akan mengulangi penerbitan dan ucapan mengenai kenyataan dalam ucapan berkenaan Vincent Tan dan Berjaya Land.

"Keempat, menyediakan jaminan bertulis bahawa Muhammad Sanusi dengan segera menghentikan dan tidak akan melanjutkan penerbitan, ucapan, penulisan, perkongsian, pengedaran semula, penyiaran semula atau perkongsian semula dengan apa cara sekalipun mengenai kenyataan dan perkataan dalam ucapan itu.

"Kelima, bersetuju membayar pampasan RM200 juta kepada Vincent Tan dan Berjaya Land. Jika Muhammad Sanusi gagal mematuhi tuntutan terbabit menjelang 8 Ogos 2023 (esok), tindakan undang-undang akan diambil," katanya.

Menurut Berjaya Land, Vincent Tan dan Berjaya Land juga membuat beberapa laporan polis terhadap Muhammad Sanusi, selain beberapa blogger seperti Murray Hunter, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard dan Raja Petra Kamarudin atas penerbitan kenyataan defamasi terhadap projek SMG.

Projek itu mungkin dilihat sebagai kesalahan fitnah mengikut Seksyen 499 Kanun Keseksaan yang apabila disabitkan boleh dihukum penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Vincent Tan turut dipetik dalam kenyataan itu dengan berkata kenyataan defamasi itu mencemarkan integriti, reputasi dan imejnya serta Berjaya Land.

"Tuduhan dilemparkan menimbulkan keraguan dan mencetuskan syak wasangka tanpa sebab mengenai usaha perniagaan serta inisiatif kedermawanan yang sah.

"Kami ingin menyampaikan mesej jelas bahawa sesiapa yang membuat sebarang kenyataan berbaur palsu dan mencemarkan imej tidak akan dipandang endah serta kami ingin pihak terbabit bertanggungjawab atas tindakan mereka," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perwira2022 7-8-2023 09:25 PM
Nusi, chegu bard, rpk semua tu bukan main redah je tanpa apa2 bukti. Elok la masuk mahkamah.. Platform untuk dedahkan skandal ni secara lebih baik lagi.
Quote Lentera 7-8-2023 09:34 PM
Wowww! 200 juta
Xpa nooo.. Duit jual R E E kan banyak
Quote kemaruk 7-8-2023 09:43 PM
Kelater makamah
Quote Zazama 7-8-2023 09:47 PM
Bila 9Dragon bersuara. Bukan main lagi ye nk order org jgn buat kenyataan. Takut rahsia bocor ke?
Quote Suchi 7-8-2023 11:24 PM
Esok je mana la sempat nk cari 200 juta,so naik mahkamah lerr nampaknya
Quote Erotika 7-8-2023 11:46 PM
Kluster pitenahhhhhh..Mahfuz tersenyum sinis!

Quote Purplehaz 7-8-2023 11:55 PM
Sanusi ni nak sgt timba byk pengalaman.
Quote shida81 8-8-2023 12:21 AM
Klu da libatkan salah sekor naga.. X tau la blh lepas ke x
Quote Lampuled 8-8-2023 01:02 AM
Bakal PM mmg akan byk cabaran&dugaan dia. Bee strong.
Quote clara_nur 8-8-2023 01:52 AM


Isu ree, habis semua menteri tolong pudin balun sanusi..
Bila nusi petik kes rasuah kt selangor..
Sorg menteri pun tak bunyi pertahan amir cokia ni..
Pdhal depa ni yg salu meloncat lebih bila nusi cuit ckit
Quote AbukRokok 8-8-2023 02:08 AM
Da gaduh dgn kroni atok
Atok pun pn xkn diam je
Quote B40tastePosh 8-8-2023 03:37 AM
kemaruk replied at 7-8-2023 09:43 PM
Kelater makamah

Vincent Tan koyak - kate penyokong Nusi dalam sosmed
Quote ChildrenOfBodom 8-8-2023 08:19 AM
[youtube]7qVsk1fxLd0[/youtube]
Quote OshinDaSolja 8-8-2023 08:56 AM
ChildrenOfBodom replied at 8-8-2023 08:19 AM

kdg2 apa yg RPK bgtaw ada betulnya walaupun iollz tak percaya bulat2 many of his points... that fella got credentials and seasoned enough to interpret and explain the scene of Malaysian politics
Quote Kuin-Kepam 8-8-2023 09:01 AM
Sungguh x terkejut..

Quote Decaffeinated 8-8-2023 10:29 AM
Masuk nak tengok penyokong nusi konar pergi maki orang lain supaya idolanya nampak not that bad.
Quote -Suri- 8-8-2023 11:44 AM
Perghhh 200 juta kau
Quote Azharitubunga 8-8-2023 12:33 PM
AbukRokok replied at 8-8-2023 02:08 AM
Da gaduh dgn kroni atok
Atok pun pn xkn diam je

Kroni atuk????

Bukan jenis makan keliling?
Quote CiliPadiSedap 8-8-2023 01:12 PM
OshinDaSolja replied at 8-8-2023 08:56 AM
kdg2 apa yg RPK bgtaw ada betulnya walaupun iollz tak percaya bulat2 many of his points... that fe ...

kaka syak orang dalam jua bg dokumen or info. sebab ada yang kt tele es apa rpk dapat tu bukan pelsu

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.182215 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top