CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Aduh YB Jangan La Macam Ni," Sekumpulan Anak Muda Kesal Dengan Pemimpin Pas, Gambar Suka-Suka Dijadikan Bahan Kempen

7-8-2023 06:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4190| Komen: 15

Ciapan Tuan Ibrahim Tuan Man di Twitter yang memuat naikkan gambar dirinya dengan sekumpulan pemuda mengangkat tangan “gaya menteri besar Kedah” mengundang rasa kurang senang.

Ada di antara mereka menafikan ciapan Timbalan Presiden PAS itu yang kononnya ini memberi suatu isyarat dan petanda tentang apa yang akan berlaku pada pilihan raya 12 Ogos ini.


Foto: FB

“Di mana- mana saja, bergambar dengan mengangkat tangan gaya MB Kedah sudah menjadi suatu ‘kemestian’ bagi aksi gaya bebas semasa bergambar. 

“Ketika menghadiri majlis perkahwinan di ISTAC hari ini, anak muda yang ditemui memberi suatu isyarat dan petanda kepada PRN kali ini,” tulisnya.

Tuan Ibrahim dipercayai merujuk kepada aksi menteri besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, yang dirakamkan mengangkat tangannya selepas dikenakan pertuduhan menghasut bulan lepas.


Bagaimanapun, ada di kalangan yang dipaparkan dalam gambar yang disiarkan oleh Tuan Ibrahim ternyata tidak senang.

“Aduh YB jangan la macam ni. Kami di sana untuk meraikan perkahwinan rakan baik kami.

“Tambahan YB yang ajak bergambar macam tu, kami saja-saja berseronok. 

“Macam mana YB boleh frame cakap itu gaya MB Kedah dan isyarat dan petanda PRN kali ini sedangkan di kalangan kami ini ada ahli (Pakatan) Harapan & Barisan (Nasional) dan tak mengundi pun pada PRN kali ini,” kata seorang daripada mereka ketika membalas ciapan Tuan Ibrahim.

Manakala seorang lagi pemuda berkata, atas rasa hormat, mereka bertegur sapa dan mengambil gambar seperti itu atas permintaan Tuan Ibrahim.

“Ini sepatutnya hanya gurauan dalaman tetapi telah dijadikan bahan kempen,” katanya. -CARI

Sumber: Malaysia Kini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harkktuih 7-8-2023 06:38 PM
Taliban kalau x menipu x sah..
Quote cikatilia 8-8-2023 11:07 AM
lobai the penunggang
Quote kemaruk 8-8-2023 11:10 AM
ioiyqo62ojka1.jpg
Quote batmana 8-8-2023 11:27 AM
Proceed je saman ..guna imej tanpa kebenaran..saman kaw2..
Quote kucingitam 8-8-2023 11:48 AM
gaya mb kedah? kah kah kah...dia pun tiru gaya dsai.. semua benda nak tunggang, gaya org tu pun nak tunggang..
Quote hyie 8-8-2023 11:59 AM
sama level jah dengan orang jual produk pprt tu sis, konon2 suruh artis pegang jap produk dia pastu tetiba amek gambar siap pose2 bagai pastu claim artis tu pun support bisnes heshe choyyyyyy, kawan meols ada sorang buat gini pastu meols tegur kenapa buat gitu. Heshe kata untuk up kan bisnes heshe, aiyooo lepas kena tegur tu terus sentap kejap pastu ok balik. Btw, rataa2 ahlul politaik pon sama je lah perangai + modus operandinya sis
Quote asudau 8-8-2023 11:59 AM
sekarang nak angkat tangan pun payah kan...takut ada orang terasa
Quote pokokmeranti 8-8-2023 12:06 PM
tolak la pelawaan YB tersebut....kan dah jadi isu.
Quote nikaido 8-8-2023 12:38 PM
pokokmeranti replied at 8-8-2023 12:06 PM
tolak la pelawaan YB tersebut....kan dah jadi isu.

diorang taktau TITM nak amik kesempatan mcm tu
Quote airfilterkotor 8-8-2023 01:14 PM
Satni korang yg dalam gambar tu pulak kena pulau dengan sskjp sama seperti bini mamat manatah tu. Tak buleh diusik langsung.
Quote ultra78 8-8-2023 01:23 PM
Secara automatik pemilik akaun twitter tu jadi musuh isle.
Quote Suchi 8-8-2023 02:42 PM
Yg salah sbb guna utk bhn kempen bygkan kalau ayat2 awie masa nak nyanyi lagu harapan tu pun ada yg amik wat bhn kempen?

Cth caption tgk awie juga memberi sokongan blablabla kat PN
Tak memasal je kan, maybe waktu skrg ni kalau betul koram takde niat nk berpolitik atau just bergurau better jgn buat sbb kang tak memasal jd modal kempen PRN

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.046995 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top