Seorang anak mendakwa barang kemas bernilai RM12,000 milik ibunya hilang selepas dimasukkan ke hospital di Johor Bahru. B Gobinathan, 42, yang juga pengurus cawangan sebuah pasar raya itu berkata, dia menghantar ibunya, S Vangamah berusia 60-an ke wad kecemasan hospital tersebut pada 6 petang pada 8 Jun lalu.
Menurutnya, pada jam 11.38 malam, ibu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan diberikan rawatan. "Apabila dibenarkan melawat ibu, saya dapati barang kemasnya iaitu rantai dan loket sudah tiada. Selama 30 hari ibu dirawat di ICU dan meninggal dunia pada jam 9.43 malam, 7 Julai lalu. "Selepas selesai urusan di rumah mayat, kami menuntut barang kemas ibu. Anggaran berat barang kemas itu adalah 40 gram," katanya. Gobinathan bagaimanapun berkata, dia terkilan apabila pihak hospital menyatakan tiada rekod berkaitan barang kemas itu.
"Saya masih ingat ketika menghantar ibu ke hospital dia masih memakai barang kemas itu. "Barang kemas itu adalah antara barangan peninggalan mendiang ibu yang amat berharga buat kami dan harap pihak hospital menjalankan siasatan berkaitan pengaduan kami," katanya. Gobinathan membuat laporan polis di Balai Polis Sentral pada 11 Julai lalu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata pihaknya menerima pengaduan berkenaan dan sedang menjalankan siasatan. Sumber: Harian Metro
|
Kitty_catz: udah kenapa dah tawu nak masuk ...
asfaz: arwah mil ai masuk wad , semua ...
SalenaGomez replied at 7-8-2023 09:49 PM
Betul… sama dgn SG…kalau admitted , travel ke mmg x pakai lah barang emas2 ni…attract org kot , ...
ADVERTISEMENT