CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mawar Rashid Dicop Mengada-Ngada, Buat Cerita Alami Anxiety Semata-Mata Nak Perhatian

7-8-2023 10:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2229| Komen: 2

Mawar Rashid mendedahkan dia mengalami kebimbangan terlampau (anxiety) dan keresahan sosial namun ada pula yang menuduhnya kononny dirinya sekadar mengada-ngada.

"Itu adalah luahan dari hati. Tetapi untuk kongsikan apa yang berlaku, saya belum bersedia. Apabila keadaan dan situasi tersebut beransur pulih, saya akan kongsikan. Memang ada pelbagai reaksi. Ada antaranya risau dengan hubungan saya dan suami. Alhamdulillah, kami bahagia. Cuma masalah itu buat kami berdua tak tidur malam," katanya kepada Utusan.


Foto: IG

Tambahnya, "Memang saya dan suami hanya menangis serta memohon agar ujian ini segera diangkat Tuhan. Tetapi saya bersyukur, Raf sentiasa ada dengan saya, Dia adalah tulang belakang, kekuatan saya. Sekali pun dia tidak merungut atau mengeluh berhadapan situasi yang ‘gila’. Doakan baik-baik ya."

Pendedahan itu juga turut mengundang cakap-cakap belakang kononnya Mawar sengaja mengada-adakan cerita? Kononnya ada masalah kesihatan mental?



"Untuk apa saja sengaja cipta masalah sendiri? Ini bukan perkara yang boleh dibuat main. Ramai rakan artis juga berdepan masalah kesihatan mental. Saya bukan jenis mengada-ngada. Apabila saya rasa ada masalah, saya terus dapatkan rawatan. Sehingga kini, saya masih berjumpa pakar psikiatri. Saya bukan buat-buat cerita demi mendapat perhatian. Saya sendiri berusaha untuk ‘tenangkan’ jiwa yang sakit."

Ditanya sudah beransur pulih atau masih berperang dengan emosi, ini jawabnya.



"Bercakap soal masalah mental, jangan malu untuk dapatkan rawatan. Saya sendiri dapat merasakan perubahan. Seolah-olah ada kehidupan baharu selepas mendapatkan bantuan pakar. Kita tidak boleh self diagnose. Saya pun tak tahu pada awalnya apa masalah. Adakah bipolar, social anxiety atau depression? Kita kena dapatkan nasihat pakar. Dalam masa sama, sistem sokongan itu penting."



"Bila kita berdepan masalah seperti ini, kita tak boleh hidup seorang diri. Kena cari orang yang boleh dengar luahan, terima kita dengan bulat hati. Dengan itu, kita tidak akan overthinking. Bila saya semakin pulih, saya sedar kehidupan ini sangat indah. Jangan ambil mudah atau sinis. Jangan merugikan masa kita dengan menyalahkan diri sendiri. Dapatkan rawatan segera."-CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 7-8-2023 05:55 PM
bukti konon kaya tapi hati sentiasa tak tenang pigidahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Quote Nozot 7-8-2023 08:36 PM
Entahlah mawar...mental health is not as easy as you said mawar...memang bagus dia dapatkan rawatan pakar..still tak boleh nak percaya dengan apa yg dia bagitahu, sebab mental health nie its not a joke & things yang you boleh cerita lepas tu ko nak promote produk baru ko..disgusting betul.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.053964 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top