Pelakon Puteri Sarah menerusi Instagram Story berkongsi sedutan temu bual bersama majalah Pa&Ma mengenai caranya mendidik anak-anak. Kata Sarah, dia garang dengan anak-anak, malah dia mengamalkan pendekatan tegas dengan menyediakan rotan untuk mendisiplinkan mereka.
"Perlu tegas untuk mendidik anak-anak. Tak nak nanti bila besar anak-anak jadi biadab dan malukan kita," tulisnya. Sarah bersyukur apabila anaknya, Syaikhul dan Sumayyah berusia tiga tahun, mereka menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelajaran hasil didikannya. Dalam masa sama, Sarah berasa sedih apabila tidak dapat ikut hadir ke temasya sukan sekolah anak-anaknya pada Sabtu lalu kerana perlu berehat selepas menjalani pembedahan lasik mata.
Justeru, dia berterima kasih kepada bekas suaminya, pengarah sensasi, Syamsul Yusof dan ibunya, Paridah Puteh yang turun padang memberi sokongan penuh kepada Syaikhul serta Sumayyah. Sarah turut meluahkan rasa bangga apabila Syaikhul terpilih untuk mengetuai bacaan doa ketika hari pembukaan dan berharap anak lelakinya itu menjadi ketua yang baik, disegani dan menghormati orang lebih tua. - CARI
|
irvene replied at 7-8-2023 10:21 AM
maksudnya dulu mak bapak kau tak sediakan rotanlah ye utk kau?
_blackbird: aik ritu bukan dia juga yg men ...
pocongkiutss: Iols suka tgk sunayyah dgn syaikhul niSumayyah tu dah le cantik..tp nampak normal je tak melebih2..ecah cantik tp nampak mcm kurang normal
Cleocatra replied at 7-8-2023 10:40 AM
Terasa tok selam dengan tin moh
pocongkiutss replied at 7-8-2023 10:44 AM
Iols suka tgk sunayyah dgn syaikhul ni
Sumayyah tu dah le cantik..tp nampak normal je tak melebih2. ...
ADVERTISEMENT