CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shila Amzah Jadi Penyokong Nombor Satu, Desak Ubai Kembangkan Karier Untuk Lebih Berjaya

7-8-2023 09:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2470| Komen: 8

Shila Amzah mahu menjadi penyokong nombor satu karier Ubai supaya terus melebarkan lagi langkah dalam arena seni.

Shila kata dia akan terus menyokong apa jua aktiviti suaminya untuk lebih berjaya.


Foto: IG

“Saya memang desak dia untuk kembangkan lagi sayapnya dalam membina karier.

“Untuk pergi jauh saya tidak mahu digelar penting diri kerana memaksa orang untuk ikut cakap saya.

“Apa dia boleh cari dalam karier, teruskan. Saya mahu tengok dia berjaya untuk pertumbuhan peribadi,” kata Shila kepada Kosmo.



Pada masa sama, Ubai turut memaklumkan, tidak menghalang kerjaya isteri sebagai penyanyi walaupun harus menjelajah ke luar negara.

Memikirkan kerjaya peribadi, Ubai atau nama lengkap Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli, 25, akui banyak perlu dipelajari untuk bergerak ke hadapan dalam kerjayanya.



“Ke mana dia mahu pergi, saya tidak akan halang dan persoalkan kerana dia seorang penyanyi.

“Dia juga tidak pernah menghalang kerjaya saya. Terpulanglah, apa yang dia mahu lakukan, asalkan dia gembira.

“Saya memang dalam industri media di belakang tadbir selama tiga tahun. Jadi, banyak lagi perlu belajar,” ujar pempengaruh TikTok itu.



Sebelum ini, pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 27 Mei lalu yang berlangsung secara tertutup.

Shila yang juga bergelar ibu tunggal kepada seorang cahaya mata pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018, namun bercerai pada Februari 2022. Hasil perkongsian hidup, Shila dikurniakan seorang anak lelaki bernama Seth Uwais. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dewi_rina 7-8-2023 10:58 AM
Ubai ni nampak macam seorang budak yg baik

Goodluck dik!
Quote mamajawie 7-8-2023 11:08 AM
baru kawen da mendesak..adehhh goodluck bai
Quote maroon_nerd 7-8-2023 02:48 PM
Err.. Ubai ni nak kembangkan karier celah mana lagi? Ok. Aku assume bisnes la. Bukan hiburan or dunia glemer sbb dia terlalu basic.
Quote msdummy.2018 7-8-2023 05:16 PM
Ubai ni apa dlm area seni nih? Penyanyi? Pelakon? Lawyer? Majistret?
Quote menjad 7-8-2023 05:21 PM
Cool lah oiiii sha. Baru nak mula hidup. Jgn bossy sgt bole tak makcik
Quote Dzahin_poch 7-8-2023 05:24 PM
Okaeyy okeyy okayyy ok
Quote Lavender_Violet 7-8-2023 05:31 PM
Edited by Lavender_Violet at 7-8-2023 05:32 PM

Mana anak Shila?
Tak nampak di mana2
Cara ubai cium tangan Shila tu macam tak sesuai, macam salah gaya
Biasa kalau lelaki nak kiss tangan ppuan, dia genggam tangan ppuan tu
Ubai ni nampk macam laki salam & cium tangan bini Maybe sebab dia tundukkan badan agaknya
Quote minahmanja 7-8-2023 06:36 PM
Apa keje ubai ni..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.164919 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top