Pernikahan Shila dan Ubai masih menjadi bualan. Tular di TikTok, rakaman Ubai malu-malu pula nak sentuh Shila Amzah walaupun dah sah menjadi suami. Ketika itu mereka berada di atas pelamin dan kelihatan Ubai mengambil sedikit waktu untuk mengumpul kekuatan sebelum menyentuh kepala dan mencium dahi Shila. Di ruangan komen ramai pula meluat sebab sebelum kahwin bukan main dah pegang-pegang tangan, siap peluk pinggang kata mereka. Namun ada juga yang kata sentuh pasangan sebelum dan selepas nikah memang lain rasanya. Apa pun smeoga berbahagia untuk pasangan ini. -CARI
|
ADVERTISEMENT