CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pengarah Mulut Murai Bikin Panas?

7-8-2023 01:03 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6713| Komen: 12

Menerusi ruangan gosip akhbar Utusan yang dikendalikan oleh Cik Bunga, seorang pengarah disifatkan riuh seperti mulut murai menyebabkan semakin ramai yang kurang senang dengan karakternya.


Perangainya itu memang sejak dulu begitu, cenderung bercakap tak bertapis umpama mulut tak ada insurans kerana suka bercakap tanpa berfikir dahulu.



Kata Cik Bunga lagi, pengarah itu juga suka menegur macam-macam isu yang berlaku dalam industri. Malah, yang tak ada isu pun, boleh jadi isu untuk dia.


Perkara itu menyebabkan ada antara individu sekeliling yang sudah tak tahan dengan sikapnya yang suka menegur orang tak bertempat itu.


Menegur untuk kebaikan itu tidak salah tetapi kalau niat untuk memalukan, ia adalah perkara yang tak baik. Tak cukup cakap depan-depan, di media sosial pun dia suka masuk komen memalukan orang lain.


Mahunya orang tak terasa dengan kata-kata dia yang lazimnya berbaur sindiran itu.


Daripada boleh tahan sabar, lama-lama boleh menipis juga tahap kesabaran orang terhadap dia.


Bagaimanapun, kata Cik Bunga lagi, hanya kawan-kawan terdekat yang sudah lama kenal saja tahu. Tapi sebagai sahabat yang baik, elok tegurlah pengarah berkenaan.


Umur pun bukannya makin muda. Eloklah ubah sikap itu lekas-lekas. Takut lama-lama orang pun tak sudi hendak bekerja dengannya. Kerana mulut badan binasa.



Sumber: Utusan



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annadonna 7-8-2023 01:12 AM
Siapooo?? MA keeee
Quote Carcosa 7-8-2023 01:17 AM
Michael "Frog" ke?
Quote CurangLagi 7-8-2023 01:31 AM
Yang baru cerai keee
Quote MarryPottet 7-8-2023 01:36 AM
Budak pijat ke?
Quote Dolmat 7-8-2023 01:37 AM
Laki bini pengarahhhhh ke?

Quote I.K.A888990 7-8-2023 01:40 AM
fodular ko cik bunga...mcm2 jenis gosip kau ada
Quote dudaberhias 7-8-2023 01:49 AM
Sape lagi kalau bukan michelle angelina...

cik bunga pun benda ni pun boleh jadi gosip yach...

nampak macam dah takde idea dan modal yach...

sah2 takyah buka gosip gini pun acik2 forum semua dah tahu dan meluat nengok pengarah tu gigih mencapub nak menegur itu ini...

Quote Perawankota 7-8-2023 02:02 AM
Ong ong gedek gedek ke
Quote anony-mous 7-8-2023 07:53 AM
Bdk pijat ke MA??
Quote zuriey 7-8-2023 09:25 AM
Bff jah bungkus la tu
Quote prince_marhaen 7-8-2023 09:53 AM
pengarah pondan tua yang selalu komplen 24jam ada 2 je, budak pijat & mike katak.... hehehehe
Quote mamajawie 7-8-2023 11:09 AM
sama ada si pijat/nyonya mansur/si tok penghulu laki bini

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.063627 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top