CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aziz M Osman, Isteri, Cerai Selepas 13 Tahun

6-8-2023 09:55 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 26782| Komen: 151

Rumah tangga pengarah Aziz M Osman dengan isteri, Puteri Lily Lokman yang dibina 13 tahun lalu akhirnya terlerai.

Pendedahan itu dibuat Puteri Lily menerusi Instagram Stories (IGs). Katanya, dia perlu membuat pendedahan bagi mengelak timbulnya fitnah.



"Sejak kebelakangan ini, ramai yang bertanya status hubungan saya dan Aziz.

"Demi mengelakkan fitnah pada masa hadapan, saya dengan rasa rendah diri ingin menyampaikan berita saya dan Aziz sudah berpisah," tulisnya.

Sungguhpun begitu, Puteri Lily berkata, dia dan Aziz berpisah secara baik, awal bulan lalu.


"Secara rasminya, saya dan Aziz berpisah dengan cara baik awal bulan lalu dan tiada kaitan orang ketiga. Ditakdirkan jodoh kami sampai di sini, tetapi kami masih mempunyai hubungan baik demi anak-anak," katanya.


Tambah Lily, anak sulung hasil perkongsian hidup dengan Aziz iaitu Puteri Nur Azzahra, 11, menerima keputusan perpisahan dengan tenang.

"Doakan anak-anak saya kuat emosi dan mental. Doakan urusan kami dipermudahkan. I'm trying my best," luahnya.

Puteri Lily dan Aziz mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Puteri Nur Azzahra, 11, dan Putera Muhamad Aryan, 5.


Ini adalah perkahwinan yang ketiga buat Aziz. Sebelum ini, pengarah filem XX Ray itu mendirikan rumah tangga dengan penerbit dan pelakon, Nor Aliah Lee dan memiliki enam cahaya mata.

Selepas berpisah dengan Nor Aliah, Aziz berkahwin dengan Nor Radhiah pada 16 Ogos 2008, namun dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Terengganu kerana wanita itu masih dalam tempoh edah ketika majlis pernikahan.

Aziz kemudian berkahwin dengan Puteri Lily pada 6 Jun 2010.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 6-8-2023 10:01 PM
Takziah. Laa bakpo nya cerai
Quote sukacactus 6-8-2023 10:02 PM
Baca caption tuan pya badan je, xpayah speku2 lg
Org tua berangin katanya
Quote kuzaime 6-8-2023 10:09 PM
Mampu ucapkan takziah ajelah..
Quote katakauu 6-8-2023 10:14 PM
sayangggnya lahai
xpelah xde jodoh yedokkk
Quote zehra2 6-8-2023 10:18 PM
lily ni anak lokman ghani. pelakon pengarah jugek
Quote kumboiNyoq 6-8-2023 10:28 PM
Datang nk baca gosip tp xmeriah lagi pulak
Quote de_ikea 6-8-2023 10:35 PM
Takziah. Berapa kali dah abg long. Nmpk dia ni sempoi je.
Quote emma.giggs 6-8-2023 10:38 PM
Masa diorg kawen 13 thn yg lalu, puteri lily ni baru 21 thn, aziz ni 48 thn. Skrg, putri 34, aziz 61 thn...rasa mcm boleh phm je knp cerai
Quote dua_chzy 6-8-2023 10:41 PM
Pehtu carik lagi bini seropa ex wife. Har.
Quote SpyLeman 6-8-2023 10:47 PM
Dah la berangin, tua pulak tu. Cukup utk buat berseraiii
Quote hanahani 6-8-2023 10:48 PM
Sedih plk. Raya aritu sama sama, ni dh cerai plk.
Quote cikgojesss 6-8-2023 10:50 PM
bau tikus la dah tua2 ni.. mana tahan..
Quote she 6-8-2023 10:57 PM
Dengar kata
Ajis ni baran orangnya
Jenis cakap lepas

Bininya udoh ler muda
Mesti lah nak bermanja2
Kalau asyik kena maki tengking
Sape boleh tahan

Aliah Lee dulu sikit punya segak
Nasib dapat kerabat helok
Quote naina 6-8-2023 11:05 PM
Tulah kan masa dia serai dengan aliahh Lee tu macam terkejut. Dahla anak ramai berderet, bini lawa Comey lotey cerah tak padan dengan Ajis ni..sekali seraii. Nampak Ajis ni macam orang tua2 baik2 je kan...tapi xtau la dalaman dia cmne
Quote exclusive_vvip 6-8-2023 11:05 PM
eh apa pulak perkahwinan ketiga kalu campur dgn perkahwinan batal tu…perkahwinan keempat la yg dgn Lily ni..masa kawen Nor Aliah, heols duda anak sorang..
Quote silampumeja 6-8-2023 11:13 PM
de_ikea replied at 6-8-2023 02:35 PM
Takziah. Berapa kali dah abg long. Nmpk dia ni sempoi je.

Rasa macam sebelum aliah lee dia ada kawin dah... Ke bukan
Quote silampumeja 6-8-2023 11:14 PM
exclusive_vvip replied at 6-8-2023 03:05 PM
eh apa pulak perkahwinan ketiga kalu campur dgn perkahwinan batal tu…perkahwinan keempat la yg dgn  ...

Ha betul lah kan .. sblum aliah dia dh kawin
Quote chekacheku 6-8-2023 11:15 PM
Muda lg puteri lily ni..ada ank meningkat remaja..sama2 muda jadinya..
Quote Lampuled 6-8-2023 11:18 PM
Laa dh 61 ke umur dia.
Anak dia la yg dulu duk buat tutorial makeup tu.
Ex dia Aliah Lee masih lawa terletak elok yer wajah dia.

Lihat semua komen(151)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.066330 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top