CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Dia Sangat Tegas' - Amelia Christie Dedah Detik Pertemuan Dengan Sharnaaz Ahmad

6-8-2023 06:46 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6250| Komen: 16

Pelakon baharu Amelia Christie yang dikatakan sedang bercinta dengan aktor Sharnaaz Ahmad, mendedahkan momen awal perkenalan mereka.

Menerusi siaran langsung di TikTok, aktres itu dilihat sedang mempromosikan produk minuman sambil berinteraksi dengan pengikutnya di ruangan komen.



Kemudian salah seorang pengikut meminta Amelia untuk berkongsi detik pertama kali berkenalan dengan pelakon berusia 38 tahun tersebut.

"Kami ‘terkenal’, tuhan takdirkan kami berjumpa jadi kami berjumpa lah masa itu.

"Kami jumpa ketika penggambaran. Itu sahaja tak ada apa-apa pun.

"Kami kenal sebagai kawan dan kenal hati budi masing-masing. Sekarang pun masih mengenal hati budi..dia orangnya macam mana, saya orangnya macam mana," katanya.

Ketika disoal tentang keperibadian Sharnaaz, Amelia dengan ringkas menjawab aktor itu adalah seorang yang tegas.


"Dia sangat tegas," kata Amelia.


Terdahulu, setelah mendapat perhatian ramai ketika hadir bersama di Malam Gala Polis Evo 3, Sharnaaz dan Amelia mengakui mereka sedang berkenalan rapat.

Untuk rekod, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama kakak kepada usahawan popular, Neelofa iaitu Noor Nabila pada Mac 2017 namun bercerai pada Julai 2020.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden, 6.


Sumber: Oh Bulan!

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote selipar_hijau 6-8-2023 08:52 PM
Laa takde sape komen ke
Quote rayna_raynes 6-8-2023 10:21 PM

tak tau nak komen apa

Quote de_ikea 6-8-2023 10:26 PM
Tegas. Tp dgn kak nab, kaget
Quote I.K.A888990 6-8-2023 11:20 PM
yeke tegassss
macam takde telo jeeee...acah2 hebat kuat padahal dpn sskjp diam tak berkutik kau
Quote jambatannetizen 6-8-2023 11:43 PM
de_ikea replied at 6-8-2023 10:26 PM
Tegas. Tp dgn kak nab, kaget

Dia dgn kak nab , heols lembut sebab heols kan ada anak dgn perempuan itu
Quote Carcosa 7-8-2023 12:04 AM
Dgn kau - Tegas.
Dgn Kak Nab Penduda Lelaki, dia TerkeluarGas
Quote maroon_nerd 7-8-2023 12:10 AM
Aku sampai sekarang macam tertanya-tanya kenapa sharnaaz pilih budak ni. Budak ni sendu je pun. Aku ingat sharnaaz akan pilih pompuan yang elegant & matang.
Quote Rogue98 7-8-2023 12:22 AM
Alahaiii...budak sangat ni...cakap pun tak mature....nak jual produk pun hafal skrip.
Lantak kau lah dik ..
Quote Kentot_Wangi 7-8-2023 01:16 AM
Boring...
Quote duri_durians 7-8-2023 09:01 AM
maroon_nerd replied at 7-8-2023 12:10 AM
Aku sampai sekarang macam tertanya-tanya kenapa sharnaaz pilih budak ni. Budak ni sendu je pun. Aku  ...

budak senang dikawal.. kebanyakan orang dominan (lelaki atau pmpuan) akan pilih pasangan lebih muda atau kurang matang supaya dia bleh jadi ketua yg TEGAS..
Quote AnnaSendin 7-8-2023 09:04 AM
Lebih kepada poyo plus acah² gangster Tamil eelam.
Quote bulalof 7-8-2023 09:33 AM
yaaawwwnnn........
Quote likilu 7-8-2023 11:32 AM
Tegas dengan pakgad
Menikus dengan sskjp


Tapi dia ni vibe xila sgt, ala ala innocent je gitu lemah longlai ngan laki
Quote JiEunTak 7-8-2023 11:35 AM
amelia, RUN.... RUN amelia RUNNNNN.....
you are too young and too precious for mamu.
Quote noorazurams 7-8-2023 12:16 PM
Ye laaa tuuuu, tegas konon, dgn sskjp diam menikus
Quote de_ikea 8-8-2023 09:04 PM
maroon_nerd replied at 7-8-2023 12:10 AM
Aku sampai sekarang macam tertanya-tanya kenapa sharnaaz pilih budak ni. Budak ni sendu je pun. Aku  ...

Iols pulak heran kenapa dia pilih mamu. Seumpama dah tiada jejaka lain di dunia

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.058765 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top