CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabil Ahmad Minta Jaga Lisan Komen Isu Artis Buka Tudung, Takut Berbalik Diri Sendiri

6-8-2023 03:02 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2506| Komen: 6

Pelawak dan penyampai radio, Nabil Ahmad, 40, berkata, setiap individu diuji dengan perkara berbeza merasakan orang ramai jangan cepat menjatuhkan hukum ke atas kekhilafan dilakukan mereka.

Sebaliknya Nabil menasihatkan masyarakat menjaga percakapan kerana bimbang keburukan itu berbalik kepada diri sendiri.


"Kita semua ada ujian masing-masing. Kita ada dugaan... Iman ini bukan setakat turut naik, tetapi kadang-kadang sampai boleh terkeluar daripada diri kita.

"Maknanya apabila seseorang manusia itu diuji, kita jangan mencemuhnya. Kita tidak pernah tahu jika ahli keluarga kita sendiri pun boleh berubah.

"Orang yang suka menghakimi wanita gagal istiqamah menutup aurat, jagalah percakapan kita. Jangan cepat menghakimi," katanya kepada mStar.

Nabil berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis sambutan ulang tahun ke-25 radio Era yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Dalam pada itu, Nabil berkata, sebagai saudara Islam, kita sepatutnya mendoakan mereka yang diuji semoga kembali ke jalan yang benar dan bukannya melontarkan kata cercaan yang membuatkan seseorang itu terus hanyut.

"Sebaiknya kita doakan kebaikan buat mereka agar Allah memberikan ketenangan jiwa dan hidayah untuk mereka pakai semula tudung dan menutup aurat.

"Kalau lihat pada situasi sekarang, saya jadi takut dan berdoa kita dijauhkan daripada sikap suka menghakimi orang lain.

"Ujian itu bila dia sampai, jangan main-main! Jadi, sama-samalah kita berdoa untuk kebaikan diri masing-masing," ujarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 6-8-2023 03:23 PM
yang tanya tu pun bengap... sah2 la heshe pun berseluar pendek waktu keluar jejalan... apa ko hengat heols guru agama kah untuk tanya soalan2 macamtu pasal retis buka tudung... tak sesuai langsung orang yang nak di tanya pun...

baik tanya si yatt sejadah... mana tahu depan2 ko jugak dia sujud dan tolong tengokkan retis2 bukak tudung tu di bakar style macam mana...

hujung2 anak dia yang terpleot kat rumah...

Quote Hoola 6-8-2023 03:27 PM
Edited by Hoola at 6-8-2023 03:29 PM

betul tu hj bil
kita pun takut berbalik pd kita
cuma kami xsuka bila retis asyik bg jwpam bodoh lg hina "nk jd diri sendiri"
haktuhhhhhhhhhh

xmonpakai tudum ko diam2je la
mnjwb plak utk bela diri utk bendawajib kottt
Quote prince_marhaen 7-8-2023 10:05 AM
jibil pun sejenis tak jaga mulut tak jaga akhlak jugak kalau mengacara apa-apa program....acah2 semua benda lawak..... bagaimanakah ittewww????
Quote babelina 7-8-2023 11:55 AM
masalahnya hj.. klau semua yg buka tudung tu ckp nk jadi diri sendiri.. aretis pula tu.. ko rasa bkn jadi ikutan ker..
Quote razzia 7-8-2023 12:38 PM
mcm bini dia juga laaa
Quote AnnaSendin 8-8-2023 09:04 AM
Yer. Persis haqiemdepression, gigih tutop aurat pompuan kat ig, sekali bini terdedah atas bawah.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.190756 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top