CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kehadiran Cahaya Mata Tak Jejas Karier, Kaka Rancang Lancar Album

6-8-2023 02:05 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2026| Komen: 3

Baru sahaja menimang anak lelaki ketiga, penyanyi lagu Gila, Kaka Azraff , 34, masih belum memikirkan sama ada akan berehat atau cuba mendapatkan cahaya mata perempuan pula.

Buat masa ini, katanya, dia mahu memberikan tumpuan kepada tiga cahaya mata yang masih kecil iaitu Aslan, 4, Aryan, 2, dan Atta, sebulan lebih. Justeru, Kaka berkata, dia menyerahkan soal zuriat yang seterusnya kepada takdir.



"Setakat ini, belum terfikir soal menambah cahaya mata. Bila mengenangkan proses mengandung sangat berat, mungkin saya jarakkan dahulu. Lagipun, saya ingin tumpu kepada tiga cahaya mata yang ada. Mujur, saya dan suami bekerja sendiri, jadi mudahlah kami uruskan masa.

"Jika saya sibuk, suami tolong tengokkan anak. Saya ada pembantu rumah sejak hamilkan anak ketiga lagi. Ini kerana kami nak biasakan diri dengan keadaan baharu.

"Walaupun ada pembantu, perasaan risau meninggalkan anak tetap ada, lebih lagi, bila baca macam-macam kisah pembantu rumah.


"Bagi menjaga keselamatan, kami meletakkan CCTV di rumah supaya dapat memantau anak-anak sekiranya tiada di rumah," katanya kepada BH Online ketika ditemui pada sidang media Pertandingan Asli Battle of the Bands, baru-baru ini.


Kaka yang bakal menjadi penyanyi undangan pada Pertandingan Asli Battle of the Bands berkata, dia teruja melihat sendiri bakat dimiliki orang Asli yang tidak pernah disaksikan sebelum ini.

Mengulas kerjaya nyanyian, Kaka berkata, kehadiran cahaya mata tidak sedikit menjejaskan kerjaya sebagai penyanyi. Kaka berkata, keutamaan kepada anak-anak dan yakin Tuhan susun rezeki bersesuaian mengikut kemampuan.

"Saya cuba seimbangkan antara keluarga dan kerjaya. Ini kerana kerjaya juga penting. Walaupun sudah ada anak, rezeki tidak pernah putus. Walaupun 'job' tidaklah seperti ketika zaman solo, tetapi Allah susun rezeki saya mengikut kemampuan.

"Saya rasakan hidup lebih seimbang sejak memiliki cahaya mata dan bersyukur suami sangat memahami dan tidak pernah suruh saya berhenti menyanyi," katanya.

Kaka berkata, dia yang sudah sedekad berada dalam industri kini sedang merangka kemunculan album sulung. Namun, katanya, hasrat merakamkan lagu sering tertangguh disebabkan anak rapat.


"Saya kini sedang dalam proses mengumpul lagu. Setakat ini, baru ada tiga lagu.

"Kalau boleh saya ingin muatkan lapan lagu untuk album sulung. Ketika mengandung, saya sempat merakamkan lagu, tetapi tidak pasti sama ada nak keluarkan atau tidak.

"Sudah beberapa tahun saya merancang hasilkan album, tetapi asyik tertangguh kerana mengandung. Saya kena keluarkan album sebab sudah lebih 10 tahun menyanyi, tetapi masih tiada album.

"Selepas album pertama, barulah saya boleh merancang adakah showcase. Namun, saya akan pastikan ada lagu yang cukup dahulu," katanya yang pernah diangkat juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 bersama Noki dan Loca B.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chiyoasuka 6-8-2023 02:39 PM
wahh kaka dua dah anak dia
Quote dudaberhias 6-8-2023 03:20 PM
aiyooo sape la makeup artist sheolsss yach...

tergamak yach ko tak conceal sheols punya misai2 kat atas bibir tu...

patut la janna pun tak hengen nak ambik MUA malaysia...

yang misai tu nampak macam kena kikis2 pakai grinder untuk touch up..



Quote gold_teeth 7-8-2023 07:48 AM
chiyoasuka: wahh kaka dua dah anak dia
bukan satu, bukan dua tp tiga dah anak dia

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.050304 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top