Pelakon popular Nora Danish, 41, menitipkan ucapan tahniah buat bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai yang dikurniakan darjah kebesaran Mahkota Pahang, Yang Amat Mulia Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ke-64.
Berita itu dikongsi bekas ibu mentuanya, Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah menerusi hantaran di laman Instagram (IG) miliknya.
Menerusi ruangan kapsyen di IG Puan Sri Raja Noora itu, pelakon jelita itu turut berkongsi kegembiraan dengan keluarga bekas mentuanya itu. "Tahniah Toh Muda Datuk Rizal," tulisnya. Bekas suami Nora, Rizal turut membalas ucapan terima kasih kepada pelakon itu di ruangan kapsyen IG ibunya itu. Turut mengucapkan tahniah buat Jejai adalah ibu Nora yang juga bekas ibu mentua Jejai. "Syukur Alhamdulillah, tahniah Jejai,"tulisnya. Terdahulu, Rizal menerima darjah kebesaran itu sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong ke-64, yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara, di sini, 4 Ogos lalu. Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke istiadat berkenaan. Sumber: Harian Metro |
KucingBiru replied at 6-8-2023 01:46 PM
Apa sumbangan Jejai ni pada Pahang sampai dapat dato?
(dah tau jawapan, tetap nak tanya)
KucingBiru replied at 6-8-2023 01:46 PM
Apa sumbangan Jejai ni pada Pahang sampai dapat dato?
(dah tau jawapan, tetap nak tanya)
Suchi replied at 6-8-2023 01:53 PM
Apa sumbangan dia ye? Iols pun tertnya2
de_ikea replied at 6-8-2023 01:43 PM
Siapa nk jd datin toh muda? Sila ambil nombor dgn bonda puan sri raja noora
ADVERTISEMENT