Pensohor media sosial, pelawak dan pengarah filem Syahmi Sazli tampil membuat kenyataan setelah dia dan isteri menerima kecaman daripada segelintir netizen yang tidak dapat menerima hakikat mengenai betapa parahnya isu air di negeri Kelantan.
Kata Syahmi, dia reda jika perniagaannya selepas ini diboikot oleh sesetengah pihak hanya kerana meluahkan perasaan mengenai isu asas rakyat yang masih tidak diselesaikan sejak 33 tahun yang lalu. Netizen sebelum ini ada yang memberikan kecaman dan memerli Syahmi dan isteri malah mengugut untuk memboikot bisnes air yang diusahakan usahawan itu. Namun begitu, ada juga yang menyokong tindakan Syahmi kerana bangkit mempertahankan haknya sebagai rakyat Kelantan apatah lagi melibatkan hal-hal asas seperti air bersih. Berikutan itu, Syahmi menerusi satu hantaran Facebook tampil memberi penjelasan mengenai apa sebenarnya yang telah berlaku.
Terdahulu, isteri Syami, Anissa ada meninggalkan komen mengenai isu air di Kelantan yang tidak pernah menemui jalan penyelesaian meskipun sudah lama diperintah oleh satu parti politik. Hantaran tersebut kemudiannya mengundang pelbagai respon daripada warga maya terutamanya pengguna Facebook. Sumber: Beautifulnara |
Parit.Hilton replied at 6-8-2023 03:47 PM
soalan serious, agak2 kalau tukar parti lain masalah air ni boleh selesai ka?
nanti pemerintah baru ...
ADVERTISEMENT