CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shila Amzah Tak Nak PJJ, Ubai Tak Halang Isteri Kembali Ke China

6-8-2023 10:59 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7297| Komen: 53

Pempengaruh media sosial Ubai tidak akan menghalang isterinya Shila Amzah jika penyanyi itu mahu meneruskan semula karier seninya di China.

Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, berkata, sebelum berkahwin lagi dia sedar tentang keinginan Shila untuk kembali ke China dan sebagai suami dia terbuka dengan perkara tersebut.



"Saya tidak pernah mempersoalkan atau menghalang Shila untuk terus meluaskan karier seninya kerana saya tahu itu adalah kerjayanya.

"Apa yang buat dia gembira, teruskan. Dia pun tak pernah halang kerjaya saya," katanya kepada mStar.

Ubai berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas pasangan itu disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang diadakan di The Boathouse Ampang, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Dalam pada itu, Shila, 33, berkata, sebagai isteri dia keberatan untuk menjalinkan perhubungan jarak jauh (PJJ) namun terbuka meneruskan kehidupan dengan cara itu buat masa ini.



Kata Shila, adalah tidak adil buat Ubai meninggalkan kariernya sebagai pencipta kandungan digital dan penerbit di sebuah portal demi merealisasikan impiannya untuk kembali ke China.

"Saya sebenarnya tak mahu PJJ tapi kalau perlu... Penerbangan ke China enam jam sahaja, sampai Beijing!

"Sebagai isteri saya mahu Ubai mengembangkan kariernya di sini sebab usianya masih muda... Saya ini kira macam sudah 10 tahun ke depan berbanding dia.

"Jadi saya mahu dia mencari apa yang terbaik untuk dirinya, mengembangkan karier sebagai penerbit dan saya mahu dia berjaya," ujarnya.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Amir Amzah Salleh atau ND lala dengan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Darul Ehsan Taman Tun Razak Ampang, Mohamad Khairi Hussein.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ashilalat 6-8-2023 11:43 AM
Permulaan kepada shilalat bakal menyara biawak konon ada job di china.

Tak sah kalau tak merendahkan laki sendiri shilalat ni.
Quote doubleA 6-8-2023 12:56 PM
Spesis npd gak ke all about me me me. Kalau lalat tak sebut pun org tau ubai masih muda dan baru, tak perlu la lalat hebahkan lagi
Quote Mamason 6-8-2023 01:09 PM
Owh dah nikah... Alhamdulillah.  No more drama hopefully.  Semoga kekal berbahagia hingga ke jannah.
Quote fair_iza 6-8-2023 01:15 PM
Ubai kerja/bisnes apa selain tick tokers? Jwpn ubai nmpk lbh matang drpd bini
Quote Mizlyn 6-8-2023 01:44 PM
Elok ler dok jauh2 ubai.
.on the other side.. Sian lak kat ubai..
Quote eyansss 6-8-2023 01:47 PM
ala, kalau digital creator, dok mana2 pun boleh…
Quote eyansss 6-8-2023 01:49 PM
doubleA replied at 6-8-2023 12:56 PM
Spesis npd gak ke all about me me me. Kalau lalat tak sebut pun org tau ubai masih muda dan baru, ta ...
Sebagai isteri saya mahu Ubai mengembangkan kariernya di sini sebab usianya masih muda... Saya ini kira macam sudah 10 tahun ke depan berbanding dia
ko komen baru aku perasan...  gila poyo statement dia...
Quote doubleA 6-8-2023 01:55 PM
eyansss replied at 6-8-2023 01:49 PM
ko komen baru aku perasan...  gila poyo statement dia...

Selayaknyalah ko 10 tahun ke depan dari ubai dah umo pun 7 tahun ke depan. Jaga la sikit air muka tok laki, walaupun ayat tu myb sounds ok, tapi banyak kali dah ko ulang cakap ubai tu mentah
Quote simmes 6-8-2023 02:11 PM
Ada lagi ke peminat dia dekat china tu?
Quote Manusiabesa 6-8-2023 02:11 PM
Awal2 dh bercabang pendapat haha tggu lihat je la bapa tahun bleh go. Sblum nikah pun dh mcm2 halangan klu aku dh rasa tu signal xbaik dh nk proceed. Lantak p hg la xila. Ada dgn xda, sama ja. Cuma lgu dia yg ost SHMP tu ja yg best.
Quote I.K.A888990 6-8-2023 02:13 PM
tapi knp dia stop eh nyanyi kat china...
apa2pun shila cuba la jgn dok merendahkan sgt si laki tu..
Quote menjad 6-8-2023 02:24 PM
Tetap juga dia up lagi bagus dari ubai. Ke depan 10 tahun. Mmg lah umur pun dah 33. Beza 8 tahun kot. Tapi tuwo2 ko pun tak nmpk kematangan pung. Elok jer ubai tuh. Tenangjer. Kojer yg npk rakus shilat.
Quote CikYaYaYa 6-8-2023 02:40 PM
Iols sukaa  baca dakk ubai punya jawapan. Nampak matang.. binik diaa jahh xreti nk matang walaupun kertuu
Quote dudaberhias 6-8-2023 03:16 PM
tahniah... wah cantik herlok dedua pengantin macam pertabalan permaisuri dan raja kerajaan hindu majapahit...

Quote SANKURIANG 6-8-2023 04:09 PM
BTW…apak nya lari lps nikahkan Shila, pastu adik nya yg bnyk campuri urusan kakak dan parents nya pun MIA jugak kan…
Quote eyansss 6-8-2023 04:09 PM
doubleA replied at 6-8-2023 01:55 PM
Selayaknyalah ko 10 tahun ke depan dari ubai dah umo pun 7 tahun ke depan. Jaga la sikit air muka  ...

kan...  nak jugak menang...  haiyooo...  ngan laki bewak ko dulu, ko tak amek pengajaran ke?  cuba2 la ubah diri n matang, learn from
past mistakes...
Quote eyansss 6-8-2023 04:10 PM
I.K.A888990 replied at 6-8-2023 02:13 PM
tapi knp dia stop eh nyanyi kat china...
apa2pun shila cuba la jgn dok merendahkan sgt si laki tu..

sebab pkp kan...  dia berjaya balik pastu terus dah stop menyanyi kat sana...
Quote Dolmat 6-8-2023 04:24 PM
Tak nyanyi live lagu mandarin untuk ubai....?




Quote rayray28 6-8-2023 04:29 PM
doubleA replied at 6-8-2023 01:55 PM
Selayaknyalah ko 10 tahun ke depan dari ubai dah umo pun 7 tahun ke depan. Jaga la sikit air muka  ...

Itulaa tuuu..dh dia gk yg nak sgt anak bujang tu kan..dominan sungguh tu pls laa cover2 and jaga sket air muka suami tuuu

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.116596 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top