Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza tetap dengan pendiriannya untuk tidak lagi mengambil bahagian dalam pertandingan berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL). Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Taruddin, 44, berkata dia sudah pun melalui zaman di mana pelbagai pertandingan telah disertai.
Justeru, Siti menjelaskan dirinya kini lebih selesa menghasilkan karya untuk menghiburkan peminat. "Tiada niat untuk bertanding semula. Minta maaf banyak-banyak. Memang tidak akan. "Saya rasa ketika ini saya hasilkan karya hanya untuk terus hiburkan peminat sahaja. "Saya dah melalui zaman menyertai pelbagai anugerah dan pertandingan sebelum ini, dah rasa nikmat seronok itu," katanya. Siti berkata demikian ketika menjadi tetamu di konti Kool 101 FM bagi mempromosikan album terbaharunya berjudul Sitism.
Sesi temu bual tersebut kemudian dirakam dan dimuat naik di laman TikTok oleh seorang pengguna. Untuk rekod, Siti pernah memenangi AJL sebanyak tiga kali menerusi lagu Jerat Percintaan, Cindai dan Balqis. Sumber: Oh Bulan!
|
hokeypokey replied at 5-8-2023 04:48 PM
lainnye muka, sbb gemuk ke sbb buat bibir???
Peachlilac replied at 5-8-2023 05:01 PM
I vote sbb she's gaining weight
hokeypokey replied at 5-8-2023 05:16 PM
dulu pun berisi, tapi ni macam lebih lagi, faktor usia kot susah nk kempis balik
Peachlilac replied at 5-8-2023 07:34 PM
I rasa dulu dia berisi tapi muka dia maintain je kecik.sekarang muka dia nampak la dia gain weight ...
Diamondmoney replied at 5-8-2023 07:40 PM
Asik buat donut je. Mau tak naik pipi tu
Piramida replied at 5-8-2023 05:09 PM
Dah boleh masuk... Sbb dah x tentu menang dah.
September14 replied at 5-8-2023 05:22 PM
Erra ziana lg tua dr dia pun maintain lawa… dia ni dlu kemain lawa skg btul2 lain esp tang mulut tu ...
cikyaa_aziz replied at 5-8-2023 08:00 PM
mmgla dia msuk pun bertanding dgn aliran masa kini. penyanyi masa kini. like aina bedul, erni dll. ...
Piramida replied at 5-8-2023 08:02 PM
Masuk je pun OK.
Adil jugak utk pencipta lagu dan lyricist lagu2 dia nyanyi tu.
AJL juri profess ...
jejaka_hensem replied at 5-8-2023 07:40 PM
Lagu sheols, ganti tu best.sedap suara siti.
iols ingat lagu lama siti,sbb suara dia macam dia nyany ...
ADVERTISEMENT