CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Saya Tidak Berharap, Tapi Saya Bermimpi' - Ahmad Tarmimi

5-8-2023 02:46 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2862| Komen: 8

Pelakon Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, 73, mengakui keputusannya menghadiri Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) 2023 pada saat-saat akhir ada hikmahnya selepas dia dinobatkan Pelakon Lelaki Terbaik, semalam.


Menurutnya, walaupun awalnya tiada jemputan, Ahmad Tarmimi 'redah' saja untuk menghadiri acara kemuncak pengiktirafan berprestij itu yang berlangsung di Kuching, Sarawak.

Ahmad Tarmimi Siregar lakar kejayaan menerusi filem Perjalanan Pertama

"Saya tidak berharap, tapi saya bermimpi. Apabila diberitahu tercalon AIFFA, saya tertanya macam mana nak pergi, saya tak dijemput. Saya cakap sekadar main-main saja, bukan mengadu.

"Sesekali, kalau tak jemput, kita jemput diri sendiri, boleh juga. Sudah dicalonkan bukan? Kalau ada rezeki, adalah. Kalau tak ada, berseronok.

"Sebenarnya pernah berlaku pada satu festival. Saya tak dijemput secara rasmi sangat. Tapi tak mengapa, saya pergi juga dan menang. Ini adalah kali kedua (berlaku)," katanya.


Ahmad Tarmimi yang menang kategori terbabit menerusi persembahan cemerlang dalam filem Perjalanan Pertama sangat terharu apabila dapat mengharumkan nama Malaysia.

"Apapun, terima kasih kepada AIFFA yang menghargai lakonan saya. Saya memang rasa sangat seronok hari ini. Terutama dapat jumpa dengan beberapa orang yang lama saya tak jumpa. Saya dapat hasil daripada kerja saya," katanya.

Dalam kategori itu, beliau mengetepikan Andrew Ramsay menerusi filem Ginhawa (Filipina), Tommy Alejandrino (The Baseball Player – Filipina), Huy Yaleng (Father's – Kemboja) dan Amerul Affendi (Prebet Sapu – Malaysia).

Pada acara terbabit, bintang K-Pop terkenal, Rain yang hadir memeriahkan majlis turut menerima Anugerah Inspirasi Asean.

Rain atau nama sebenarnya, Jung Ji Hoon, 40, menjadi jemputan khas untuk acara kali ini.Malam kemuncak AIFFA 2023 turut dimeriahkan dengan persembahan artis Malaysia dan Indonesia seperti Hetty Koes Endang, Datuk Sheila Majid, Zee Avi, Amir Jahari dan The Shang Sisters.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Piramida 5-8-2023 02:49 PM
Tahniah... Atuk memnag layak.
Quote Piramida 5-8-2023 02:51 PM
Lawak eh... Di senarai as calon.. Antara kategori utama pulak tu.
Langsung tak dijemput?
Siapalah pulak manusia2 yg lebih penting yg dijemput nak penuh kn hall tu.
Quote Zeatyisaac 5-8-2023 05:00 PM
Edited by Zeatyisaac at 5-8-2023 08:17 PM

Tahniah Datuk! Alang2 tercalon dan diadakan di Kuching, Sarawak, Datuk tak perlu jemputan sebab kita Tuan Rumah. Just bash out Datuk. Congrats!
Quote hokeypokey 5-8-2023 05:24 PM
dia memang layak menang
Quote chandrahusin 5-8-2023 05:52 PM
Drama2 Ahmad Tarmimi ni jauh lebih bagus dr drama2 produser lain
Jalan cerita mantap dgn pelakon hebat
Quote NekNgah 5-8-2023 06:23 PM
Alhamdulillah,  tahniah. Well deserved.
Quote rospinki 7-8-2023 09:51 AM
kawan cerita Encik Tarmimi ni setia dgn isteri dia yg sakit..dia lah yg buat keje2 umah jaga makan minum isteri yg sakit.
sesuatu yg baik itu tak perlu diceritakan tapi ia akan menceritakan sendiri. eh cemana ayat ni
Quote prince_marhaen 7-8-2023 03:30 PM
Organizer anugerah2 ni siapa eh? ada persatuan ke? biasa anugerah macam ni independent ke? sebab organizer pun macam so purbakala je, apa2 award, ada calon tu wajib jemput, menang ke kalah biasanya memang jemput kan.... guest lain yg bukan vvip boleh la ikut nak jemput ikut last minute ke kan..ini calon kot... memang organizer cabuk la..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.032277 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top