Personaliti media sosial, Maryam You Narae mendedahkan dia mengalami keguguran pada Mei lalu kerana terlalu sibuk bekerja. Meskipun kandungan itu masih baharu, Maryam, 31, berkata dia tidak boleh melupakan kenangan manis sepanjang tempoh singkat kehamilan itu.
"Saya alami keguguran bulan Mei lalu, usia kandungan ketika itu baru sahaja cecah tiga minggu... semasa itu saya suka makan dan makan tidak berhenti. "Saya tahu saya gugur pun selepas keluar darah banyak dan lakukan pemeriksaan lanjut. "Saya rasa sedih kerana kehilangan... saya pun dah beritahu keluarga tentang kehamilan dan mereka semua teruja masa itu," katanya kepada mStar. Sementara itu, suaminya iaitu Ryzal atau Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim mengaku teruja apabila mendapat perkhabaran Maryam hamil. Lebih-lebih lagi sudah lama dia menantikan rezeki untuk menimang cahaya mata kedua.
|
syitaeyqa replied at 5-8-2023 01:57 PM
takziah.
cuma, cm tak kena bila preggy baru tiga minggu dah start beli barang.
vanillaninja replied at 7-8-2023 03:58 PM
Sheols memang dah bertudung ke. Bukan content kan?
missyL replied at 7-8-2023 12:35 PM
Dah ade jenama tudung pn kan
AcikCleaner replied at 8-8-2023 10:01 AM
Takziah..baru tiga minggu dah tau keguguran ek..i tiap kali preggy dah masuk 6 ke 7 minggu baru tau ...
ADVERTISEMENT