CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Radin Akui Bercinta Jarak Jauh Mencabar, Rancang Nikah Tahun Ini

5-8-2023 01:35 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7301| Komen: 48

Penyampai radio, Radin mendedahkan bahawa dia dan kekasihnya, Azlina Idris mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga mereka pada tahun ini.

Ketika ditemui OhBulan!, Radin atau nama sebenarnya Radin Amir Affendy Ahmad Aruani, 31, berkata dia dan kekasihnya sudah pun menghadiri kursus kahwin bagi memastikan urusan perkahwinan mereka berjalan lancar.



"Alhamdulillah saya masih lagi dengan orang yang sama, kita doakan baik-baik.

"Perancangan tu ada, kalau dipermudah, insya-Allah sampai lah waktunya nanti. Untuk proses, saya reveal satu je. Kursus kahwin kami dah pergi," katanya.

Dalam pada itu, Radin mengakui percintaan jarak jauh merupakan satu perkara yang sangat mencabar buat dirinya dan kekasih.

"Tujuh tahun kami bersama dan jujur saya cakapkan percintaan jarak jauh adalah satu perkara yang sangat menguji dan juga mencabar.

"Satunya kami jauh, kemudian kami berada di zon yang berbeza iaitu 5 jam berbeza. Kadang-kadang saya tidur dia bangun, dia bangun duk bergaduh sampaikan kita rasa macam bila nak settle?

"Jarak jauh ni saya rasa apa yang paling penting ialah komunikasi," katanya lagi.


Ketika ditanya mengapa mengambil waktu yang lama untuk mendirikan rumah tangga, Radin memaklumkan bahawa kerjayanya yang sibuk menjadi faktor mengapa dia perlu menangguhkan peracangan itu sebelum ini.

"Sebenarnya perancangan tu ada dah lama, berlaku sebelum arwah mak saya meninggal lagi tetapi saya terpaksa mengetepikan kehendak saya dahulu. Kerja dan rezeki saya hari ini ialah doa arwak mak dan ayah saya.

"Saya tak terfikir pun saya akan jadi penyampai radio,  jadi bila dapat rezeki menjadi penyampai radio ni. Kerja dan rezeki saya hari ini ialah doa arwak mak dan ayah saya.

"Bila arwah mak saya ‘pergi’ pada tahun 2021, saya mula fikir yang saya perlu buat sesuatu untuk diri saya pula. Jadi doakan baik-baik (buat hubungan saya)," kata Radin.


Sumber: Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hanihan16 5-8-2023 02:14 PM
bila cakap becinta lama & pjj tu i risau pulak teringat kes iman supermodel & ajra pearl jam. tapi nasib baik dah pegi kurusus kawen & nama pun tak wannabe sangat seperti maya darina dahlan haines. so semoga dipermudahkan urusan lah dik radin & azlina ye
Quote anony-mous 5-8-2023 02:16 PM
hanihan16 replied at 5-8-2023 02:14 PM
bila cakap becinta lama & pjj tu i risau pulak teringat kes iman supermodel & ajra pearl jam. tapi n ...

Hahhaha i baca tajuk terus terbayang kes yg sama. Unless heols mmg pernah selfie together2 dgn azlina tu.

Now dlm spotlight azri, bad diabetes & johan saari
Quote Sesuatu… 5-8-2023 03:10 PM
Aaa ghisau jadi ikan keli lagi
Quote codenamedream 5-8-2023 03:19 PM
Edited by codenamedream at 5-8-2023 03:22 PM

Azlina Idris wujud ya.[ig]https://www.instagram.com/p/CbFx040olS7/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==[/ig]

Kalau Azlina Eyreena Darina Hannah Haines tidak wujud 1000045114.jpg 1000045113.jpg

[attach]2627896[/attach][attach]2627897[/attach]
Quote forum5290 5-8-2023 03:21 PM
Knp muka radin y pakai bju hijau to nmpk mcm tua je?pakai filter tua ke
Quote codenamedream 5-8-2023 03:23 PM
forum5290 replied at 5-8-2023 03:21 PM
Knp muka radin y pakai bju hijau to nmpk mcm tua je?pakai filter tua ke

Muka heols mmg kadang2 nampak tua.  
Quote kerani_je 5-8-2023 03:25 PM
Setelah keciwa di friend zone oleh anak jebat,  now dah jmpe pengganti chenta hati yg lebih educated n sepadan dgn die.

Lupa kn la anak jebat yg bimboo tu. Die hanye sesuai dgn nabil anak orka yg masuk air je. Sbb dua2 masuk air.
Quote Carcosa 5-8-2023 05:26 PM
Awek kau tak risau walaupun PJJ, sbb dia tau takde sapa nak kau melainkan dia
Quote _kelly 5-8-2023 05:28 PM
ingatkan dia ni bapak org dah
Quote hokeypokey 5-8-2023 05:38 PM
awek dia cun, dia yg kureng encem, sila jaga badan nanti nampak cam bapak ngan anak
Quote hanihan16 5-8-2023 06:39 PM
anony-mous replied at 5-8-2023 02:16 PM
Hahhaha i baca tajuk terus terbayang kes yg sama. Unless heols mmg pernah selfie together2 dgn azl ...

aiii johan sehari pun dah joined the wasap group ke? hahaha
Quote anony-mous 6-8-2023 12:00 AM
hanihan16 replied at 5-8-2023 06:39 PM
aiii johan sehari pun dah joined the wasap group ke? hahaha

Saspek uols. Cuba u baca artikel 2-3bulan lps. Johan kata gf dia org perlis, buat bisnes
Quote rayna_raynes 6-8-2023 09:39 AM
lawa awek radin
semoga dipermudahkan urusan bernikah
Quote nipskacang 6-8-2023 09:51 AM
Eh wujud la gf pramugari dia tu, sebelum pkp kehulu hilir dua org ni, tp bru 31 ke radin tu kenapa nampak almost 40 dah
Quote limau_lemon 6-8-2023 10:30 AM
nipskacang replied at 6-8-2023 09:51 AM
Eh wujud la gf pramugari dia tu, sebelum pkp kehulu hilir dua org ni, tp bru 31 ke radin tu kenapa n ...

Tak la ..radin rasanya 33 ke 34 tahhh..dia senior iols zaman diploma
Quote NazRysha 6-8-2023 10:49 AM
Awek dia single mum ke?
Quote ezacbee 6-8-2023 02:10 PM
Ingatkan dia ni dah kawen..
Quote chiyoasuka 6-8-2023 02:49 PM
semoga dipermudahkan
Quote dudaberhias 6-8-2023 03:11 PM
codenamedream replied at 5-8-2023 03:19 PM
Azlina Idris wujud ya.

Kalau Azlina Eyreena Darina Hannah Haines tidak wujud

nasib baik wujud...

kalau tidak iols dah nak masukkan dah nama heols ni dalam group sekali dengan bad tempang... jeri suriati dan lain2...

admin dia of kos iols bubuh bad... heols yang terpaling kuat berhalusinasi antara semua tu...


Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.088120 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top